| Saya selalu hadapi masalah bila menulis ayat yang mengandung kata 'reka bentuk' jika ditambah awalan me. Contoh ayat: Kerja-kerja mereka bentuk akan siap sebulan lagi. Saya dapati kata awalan me + reka bila digabung selalu sering disalah tafsir jadi 'mereka' (they). Untuk atasi masalah ini, saya lebih suka menggabungkan istilah itu jadi satu kata tunggal 'rekabentuk' untuk disesuaikan dengan kata 'design' dalam bahasa Inggeris. Jadi apakah ada kreteria yang perlu saya tahu untuk menulis satu istilah yang terdiri dari gabungan dua kata seperti ini? Mohon jawapan | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah iaitu dua perkataan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut dan boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui ejaan yang tepat. | Tatabahasa | 22.02.2013 |
| Assalamualaikum. 1. Saya ingin bertanya, frasa manakah yang betul? a) masalah yang mungkin anda hadapi. b) masalah yang anda mungkin hadapi. 2. Apakah rujukan (buku, laman web) yang terbaik untuk mengetahui sifat sesuatu perkataan itu? Contohnya adakah perkataan itu kata kerja, kata adjektif, atau adakah ia kata kerja transitif/tak transitif? Maklumat ini penting untuk menentukan penggunaan imbuhan, terutamanya imbuhan 'kan' dalam membina ayat yang gramatis. | 1. Frasa yang betul ialah masalah yang anda mungkin hadapi. 2. Buku yang dicadangkan untuk dijadikan rujukan tatabahasa ialah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjudul Buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 30.03.2018 |
| Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Monolog terbahagi kepada dua: i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’). ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”). Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran. a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.' b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini." 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Lain-lain | 18.11.2021 |
| Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut? | 1. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam monolog dan monolog dalaman kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman. 2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi” untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi. 3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan. | Karya | 24.12.2021 |
| Portal PRPM sering hadapi isu setiap kali saya membuat carian. Isu sering berlaku, perlahanan secara tiba-tiba serta ralat yang memaparkan SQL. Mohon perkemaskan | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. PRPM sedang mengalami masalah teknikal dan akan segera dibaik pulih. Maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 17.01.2024 |
| Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih. | Kata penguat yang tepat ialah "sungguh". "Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
| Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
| sy bkerja sbgai cit....mcmane kt nk hadapi satu tekanan kerja????? | Pertanyaan suadara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Sila hubungi kami semula dan kemukakan pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven | 1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284. 2. Anda merupakan kata ganti nama kedua. 3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah. 4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 5. Dalam tangan kerajaan | Tatabahasa | 08.11.2015 |
| Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh. | 1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. 2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai. | Tatabahasa | 18.10.2011 |