Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih | Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Tuan, bagaimana ejaan hadiah nobel yang betul? A hadiah nobel B hadiah Nobel C Hadiah Nobel Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Hadiah Nobel, nama khas kepada penerima anugerah yang tertentu. | Ejaan | 08.06.2012 |
saya nak faham maksud sebenar hemper. bentuk hemper dan apa perbezaannya dengan hadiah. | Mengikut Kamus Dewan ialah Hamper ialah sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sbg hadiah). Hadiah ialah pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll) | Makna | 16.11.2007 |
Mana ayat yang betul 1) membeli banyak hadiah 2) banyak membeli hadiah | Membeli banyak hadiah | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Assalamualaikum, Boleh saya dapatkan tarikh penganugerahan Hadiah Karya Ilmiah 2016/2018 (DBP-KPM)? Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Hadiah Karya Ilmiah Hadiah Karya Ilmiah merupakan pengiktirafan kepada karya-karya ilmiah yang terpilih bagi Kategori Sains dan Teknologi, serta Kategori Seni, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Majlis penyampaian Hadiah Karya Ilmiah 2016-2018 telah diadakan pada 7 November 2019 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP bersempena dengan Sambutan Majlis Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Sekian, untuk makluman. | Lain-lain | 03.06.2020 |
Sultan Terengganu telah menerima hadiah daripada pihak hotel. Hadiah patut ditukarkan kpd kata apa yang sesuai? | Selain perkataan hadiah, perkataan yang boleh digunakan ialah cenderamata. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Berikut ada 3 ayat, sila menyemak dan memberi pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 1) Emak memberi hadiah kepada kakak. 2) Emak membeli hadiah kepada kakak. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. Sekian, terima kasih. | 1) Ayat yang betul ialah Emak memberikan hadiah kepada kakak atau Emak memberi kakak hadiah. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. - betul | Tatabahasa | 31.01.2012 |
a) saya membeli hadiah untuk ibu saya b) saya membeli hadiah kepada ibu saya yang mana satu betul? terima kasih | Yang betul ialah : Saya membeli hadiah untuk ibu saya atau Saya memberikan hadiah kepada ibu saya. | Tatabahasa | 27.06.2009 |
Salam Sejahtera, tuan. Bolekah tuan tolong terangkan soalan-soalan saya yang berikut: 1. menghidangkan makanan yang pelbagai jenis / menghidangkan pelbagai jenis makanan ? 2. menerima banyak hadiah / menerima hadiah yang banyak ? Setahu saya, selepas kkt mesti diikuti terus dengan objek. Namun' saya masih terjumpa ayat-ayat tersebut dalam bahan-bahan bacaan. Ini amat mengelirukan saya. Minta tuan memberikan penjelasan kepada saya. 3. menyusun buku / menyusun buku-buku ? 4. menyusun ayat-ayat yang berikut / menyusun ayat yang berikut? Sekian, tyerima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. menghidangkan pelbagai jenis makanan - 2. menerima banyak hadiah Pendapat tuan betul, kata kerja transitif mesti diikuti objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. 3. menyusun buku 4. menyusun ayat yang berikut Buku dan ayat dalam frasa di atas tidak perlu digandakan kerana perbuatan menyusun, iaitu meletakkan bersusun menunjukkan sesuatu yang banyak. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
salam...apa telah terjadi dengan peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009? Sampai sekarang saya masih menunggu..bagaimana dengan manuskrip yang saya hantar?terima kasih. | Untuk makluman tuan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Hadiah Karya Ilmia 2009 telah disempurnakan pada 24 November 2011 di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP. Pemenang utama pertandingan ialah Puan Dr. Puteri Roslina binti Megat Abdul Wahid dan Encik Muhammad Fitri bin Sutriee. | Lain-lain | 06.12.2012 |