| 1. Hai, apa khabar? 2. Hai, apa khabar! Yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Hai, apa khabar?" | Lain-lain | 30.09.2022 |
| Hai PRPM. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "crickets chirping"? Adakah "cengkerik mengilai/mencicit/mencicip" terjemahan terbaik atau ada perkataan yang lebih sesuai? | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.12.2025 |
| Hai penggunaan ayat yang betul ..Al sunah atau As sunah ? al atau as ? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2176, ejaan yang digunakan ialah as-sunnah yang diambil daripada kosa kata Arab. As-sunnah tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. | Ejaan | 06.03.2025 |
| Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih | Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan: “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan” atau “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”. | Tatabahasa | 27.02.2024 |
| Hai dan salam sejahtera. Ingin bertanya penggunaan perkataan yang mana betul : dalam skrin atau pada skrin ? Cth ayat : segala maklumat akan terpapar (dalam / pada) skrin dalam sekelip mata Terima kasih | Jawapan yang betul ialah “pada skrin”. | Tatabahasa | 28.01.2024 |
| Hai. Saya berminat untuk dapatkan "POS tagger ( part of speech tagger)" daripada Korpus DBP untuk kajian PHD saya yang tertajuk POS tagger in Malay social media data. Terima Kasih Mohd Mukhlis Bin Mohd Sharif 0192786537 mohdmukhlis@gmail.com | Untuk makluman tuan, tuan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", tuan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", tuan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus". | Lain-lain | 01.12.2023 |
| Hai, saya nak tanya penjodoh bilangan untuk brokoli. Setakat yang saya tahu brokoli kita gunakan sebiji. Tapi, bagaimana untuk setiap tunas daripada sebiji brokoli? Adakah betul kalau kita gunakan tunas brokoli? Untuk terjemahan yang saya jumpa dalam bahasa Inggeris, "Cutting each group of broccoli in half." Boleh cadangkan ayat yang sesuai? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Cadangan padanan yang sesuai ialah potongan kecil brokoli. | Istilah | 18.02.2023 |
| Hai, boleh saya tahu, apakah kata ganti nama diri ketiga untuk benda, majmuk? Contohnya ayat Bahasa Inggeris: 1) She loves them. The cats. 2) I eat them at his birthday party. | Kata Ganti Nama Diri Ketiga untuk Benda ialah itu dan ini. | Tatabahasa | 03.10.2022 |
| Hai, Di manakah pautan dalam laman sesawang DBP untuk saya mencari rujukan berkenaan tatabahasa bagi penggunaan tanda baca, tanda seru dan sebagainya. Sekian. Yang Benar, Salihudin Yasin | Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan bahan rujukan tentang tatabahasa Melayu, saudara bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Saudara juga boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP. | Lain-lain | 12.09.2022 |
| Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin Yasin | Ejaan yang betul ialah Sendirian Berhad, Sdn. Bhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. | Ejaan | 12.09.2022 |