(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Tidak dapat memandi,melihat,mengkafan,menghantar jenazah ibu pusara adalah hakikat serta peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira dan Hamzah dan ahli keluarganya akibat dijangkiti koronavirus. Tuan,bolehkah saya tahu mana-mana ada beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan imbuhan dan lain-lain? | Susunan ayat yang betul ialah “Tidak dapat memandikan, melihat, mengafankan dan menghantar jenazah ibu ke pusara akibat dijangkiti koronavirus merupakan sebuah hakikat dan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira, Hamzah dan ahli keluarganya. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannya | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan. | Lain-lain | 10.07.2007 |
Dalam laman web PRPM, terjemahan kepada Real Politics adalah hakikat politik. adakah ia tepat, atau seharusnya menggunakan istilah "Politik Sebenar"? atau Real politik? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah realpolitik ialah realpolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.04.2024 |
"Bahasa jiwa bangsa" dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hurai dan bincangkan pernyataan di atas secara terperinci. | jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan penyelidikan, kajian, rujukan dan pembacaan yang meluas. Oleh itu, saudara dinasihati membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau di perpustakaan awam atau ipt. | Lain-lain | 22.06.2008 |
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh Seylan | YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB. | Lain-lain | 23.06.2011 |
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini? | Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak. | Makna | 11.02.2022 |
apakah cabaran bahasa melayu masa kini? Sama ada kepada sosial dan ekonomi di negara Malaysia | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu hakikat dan cabarannya oleh Hassan ahmad. Dewan Bahasa : 1/10/1979 2.Cabaran Dunia Berbahasa Melayu . oleh Hassan Ahmad. Pelitab Bahasa : 1/11/95. 3.Glabalisasi Bahasa dan Budaya Melayu oleh A.Azizi Deraman.Dewan Budaya.1/07/1996 4.Natijah dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa keempat didunia.oleh Anwar Rethwan.Dewan bahasa : 1/04/2002 | Lain-lain | 27.01.2008 |
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih. | Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Apakah perbezaan bagi penggunaan istilah "budak-budak", "anak-anak" dan "kanak-kanak" dalam sesuatu konteks yang tertentu? | Konteks penggunaan "kanak-kanak" dipecahkan kepada konteks makna Undang-undang dan makna umum. Makna umum "kanak-kanak" luas kepada sinonim kata "budak-budak" dan "anak-anak" dalam bilangan jamak (lebih daripada seorang). Lazimnya kesesuaian untuk memilih antara ketiga-tiga perkataan lebih sesuai dalam gaya percakapan biasa atau bukan laras bahasa tinggi. Sebagai contoh ketiga-tiga perkataan boleh disetarakan dalam ayat: Mereka masih kanak-kanak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Mereka masih anak-anak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Mereka masih budak-budak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Tidak sepatutnya menukar ganti "kanak-kanak" dengan mana-mana kata lain tadi dalam contoh penggunaan seperti: Novel kanak-kanak terbitan DBP. taman asuhan kanak-kanak Hari Kanak-kanak Sedunia Untuk perincian takrif "kanak-kanak", "budak-budak" dan "anak-anak", sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 09.07.2025 |