Salam... Apakah terjemahan bagi perkataan/ terma 'tugas hakiki' dalam Bahasa Inggeris? Saya buat carian perkataan hakiki akan tetapi tidak menjumpai makna yang sesuai. Terima kasih. | Wa alaikum salam, Pihak DBP tidak menjalankan perkhidmatan penterjemahan perkataan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami boleh memberi cadangan terjemahan perkataan bagi tugas hakiki dalam bahasa Inggeris ialah main responsibility. | Lain-lain | 28.11.2017 |
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun? | Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun. | Lain-lain | 01.10.2014 |
Apakah tujuk yang sesuai untuk pegawai SPRM beri ceramah kepada peserta kursus Induksi? | Kursus induksi terbahagi kepada dua, iaitu umum (berkaitan dengan peraturan organisasi) dan khusus (berkaitan dengan tugas hakiki yang dilaksanakan di pejabat). Pemilihan tajuk untuk memberi ceramah kepada peserta kursus induksi bergantung pada fokus dan keperluan di jabatan/organisasi tuan. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPM | DBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 12.04.2010 |
telework (perlu terjemahan) wassalam, terima kasih kerana membantu. | Untuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Telework”. Akan tetapi, jika dilihat daripada konsep, "Telework" merupakan sinonim bagi telekerja, yang merujuk kepada satu aturan kerja atau cara bekerja, di mana seorang pekerja membuat kerja di luar tapak, atau berlainan daripada tugas hakiki. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.11.2015 |
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut. | Lain-lain | 19.07.2012 |