Tuan DBP, bolehkah "hal" digandakan menjadi kata ganda, seperti "hal-hal"? | Boleh. Contoh: Pengerusi menyuarat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah tatatertib staf. | Istilah | 11.05.2014 |
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN. | Frasa yang betul ialah hal-hal lain. | Tatabahasa | 08.04.2014 |
"Hal-hal lain" - betul "Lain-lain hal" - salah Bagaimanakah pula dengan "Hal lain-lain"? Betul atau salah dan apakah sebabnya? | Frasa yang betul ialah "hal-hal lain", kata hal itu yang digandakan bukan lain-lain. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia tuan, Saya ingin memohon pencerahan berhubung penggunaan kata "hal" dalam penulisan minit mesyuarat. Ada makluman terkini yang disampaikan oleh jurulatih mata pelajaran mengatakan bahawa memadai dengan menulis agenda "Hal Lain" dan bukannya "Hal-hal Lain". Jika dirujuk pada carian dalam ruangan ini sehingga tahun berakhir 2014, semuanya menggunakan "Hal-hal Lain". Pada saya, "hal lain" merujuk kepada satu perkara sahaja yang dibincangkan dalam mesyuarat. Terima kasih atas bantuan tuan. Saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang diberikan. | Assalamualaikum, Hal lain merujuk kepada satu perkara yang berbeza. Hal-hal lain pula merujuk kepada lebih daripada satu perkara yang berbeza. Hal-hal merupakan penggandaan penuh kata nama tunggal yang melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama. Merujuk kepada perkataan "hal-hal", perkataan ini merupakan aspek makna pertama penggandaan kata nama sebagai penanda jamak, iaitu menandakan jumlah yang banyak. Kesimpulannya, penggunaan kata "hal-hal lain" lebih tepat untuk penulisan minit mesyuarat. | Lain-lain | 11.03.2018 |
San Zarin Oct 8th, 7:59am Saya difahamkan ada pegawai DBP (En Karim) memberi penerangan di UiTM mengatakan "Hal-Hal Lain". Adakah ini benar? | Frasa itu betul, ejaan itu perlu dibaiki menjadi "Hal-hal Lain". | Ejaan | 08.10.2014 |
SALAM. SAYA INGIN BERTANYA PENGGUNAAN MANA YANG BETUL 1. HAL LAIN-LAIN 2. LAIN-LAIN HAL 3. HAL-HAL LAIN TERIMA KASIH. | Assalamualaikum, Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. Sekian. | Pengembangan | 02.12.2019 |
Saya masih lagi keliru tentang peggunaan frasa "Lain-lain hal" dan "Hal-hal lain" yang sering digunakan oleh rakan-rakan dalam penulisan agenda minit mesyuarat. Jadi, diantara kedua-dua frasa tersebut yang manakah lebih tepat dan betul strukturnya ? Jika tidak keberatan, saya inginkan sedikit penjelasan tentang kewujudan kedua-dua frasa tersebut. Terima kasih, tuan/puan. | Saudara, mengikut Hukum D-M dalam bahasa Melayu, frasa hal-hal lain betul dan frasa lain-lain hal salah. D (hal) ialah unsur diterangkan dan M (lain) ialah unsur yang menerangkan. | Tatabahasa | 22.11.2010 |
Terjemahan untuk 'Key Audit Matters' = Hal-hal Audit Utama | Perkataan key audit matters boleh diterjemahkan kepada perkara audit utama atau perkara utama audit, bergantung pada konteks penggunaannya. | Lain-lain | 03.05.2017 |
leksikografi | Leksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus. | Makna | 27.08.2010 |
Betulkah ayat ini? 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak? | Jawapan: 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak? Jawapan: Pasukan bola sepak | Lain-lain | 08.10.2014 |