BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH. | Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik: 1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati. b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang. 2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."
| Tatabahasa | 09.05.2014 |
penggunaan 'di' atau 'pada' : - lampiran - talian - alamat emel - halaman (buku) - halaman (rumah) | Untuk makluman, kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Manakala, kata sendi nama "pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti pada pukul dan pada dinding. - lampiran = di lampiran - talian = melalui talian - alamat e-mel = di alamat e-mel - halaman (buku) = pada halaman - halaman (rumah) = di halaman | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |
MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA PASIF-TEPAT ATAU TIDAK JAWAPAN DI BAWAH. ? AA-SITI MENYAPU HALAMAN RUMAHNYA JWP AYAT PASIF-HALAMAN RUMAH SITI DISAPUNYA.. | Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya. Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Saya memerlukan tuan/puan untuk menyemak tatabahasa pada ayat-ayat tersebut: 1) Sila rujuk panduan tentang cara menterjemah lagu](dan peraturan yang anda perlu dipatuhi ketika menterjemah lagu yang kami telah sediakan. 2) Halaman ini menyediakan halaman lagu bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. 3) "Halaman Terjemahan Melayu" | Ayat yang betul seperti berikut: - Sila rujuk panduan dan peraturan yang telah disediakan untuk menterjemah lagu.
- Halaman ini menyediakan lagu dalam bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
- "Halaman Terjemahan dalam Bahasa Melayu"
| Tatabahasa | 02.05.2023 |
Saya memohon garis panduan untuk mencetak halaman maklumat pengesahan bahasa. Saya hendak mencetak halaman tersebut tetapi tiada icon mencetak disediakan dan 'right click' di halaman tidak dibenarkan. Harap maklum. | Kami tidak dapat mengesan makumat tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sehubungan dengan itu, sila hubungi pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/21479373 untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. | Lain-lain | 06.06.2016 |
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah. | Emak menyapu sampah di halaman rumah. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Salam sejahtera, mohon tuan/puan untuk semak tatabahasa pada ayat ini: Gunakan tag "Terjemahan Bahasa Melayu" pada halaman lirik yang anda telah terjemah. "Tag" bermaksud satu label yang terikat pada sesuatu, dalam konteks ayat ini, "Tag" merupakan satu label halaman lirik lagu pada halaman lirik bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tag" bermaksud sesuatu yang disemat atau dilekatkan untuk memberikan maklumat nama, harga dan sebagainya bagi seseorang atau sesuatu. Oleh itu, tag boleh digunakan dalam ayat di atas. | Makna | 19.05.2023 |
1. Kakak sedang menyiram bunga di halaman rumah. 2. Kakak sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Saya ingin tahu ayat manakah adalah betul dari segi tatabahasa. | Ayat yang gramatis ialah Kakak sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Ayat yang manakah betul? A. Ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. B. Ibu menghiasi halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah ibu menghias halaman rumah dengan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik. | Tatabahasa | 22.05.2017 |