Majlis Town Hall Bersama Ketua Setiausaha Negara. Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah "Town Hall"? Dewan Bandar? | Terjemahan Town Hall ialah Dewan Perbandaran. | Makna | 23.02.2012 |
Saya telah berjaya hantar iklan & bayaran rm 10 sudah berjaya buat. Tapi saya kena tukar 7 LOVE EVENT HALL kepada 7LOVE EVENT HALL. Tolong saya untuk penukaran sevelum diprocess | Sila berikan nombor permohonan untuk rujukan kami dan hantar aduan melalui laman web DBP Sah Bahasa atau hubungi kami melalui talian 03-21479100 atau 03-21479200. Terima kasih. | Lain-lain | 06.06.2024 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "town hall" dalam konteks sesi 'town hall' kakitangan bersama ketua jabatan misalnya? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi town hall ialah dialog awam. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2019 |
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah "town hall" dalam bahasa Melayu. Adakah tepat, seperti yang pernah dicadangkan oleh pihak DBP pada 23.02.12 (Khidmat Nasihat) bahawa ianya adalah "Majlis Perbandaran" jika digunakan dalam konteks - "Majlis Town Hall Bersama Ketua Setiausaha Negara." Oleh itu, ayat yang betul adalah "Majlis Dewan Perbandaran Bersama Ketua Setiausaha Negara."? Jika ia digunakan untuk majlis Ketua Pegawai Eksekutif, adakah Majlis Perbandaran juga sesuai? Harap dapat beri pencerahan. Terima kasih. | Town hall dalam konteks negara kita ialah pihak berkuasa tempatan sama ada dewan bandar raya atau majlis perbandaran. Sila kenal pasti maksud town hall yang berkenaan dan tuan boleh menggunakan mana-mana terjemahan yang sesuai.
| Lain-lain | 18.12.2017 |
apakah terjemahan untuk ancestral hall? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah ancestral hall ialah balai leluhur. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.05.2023 |
Salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa nama 'funeral hall'? Terima kasih. | Sekiranya tempat tersebut merupakan dewan, pihak kami mencadangkan padanan bagi funeral hall ialah dewan pengebumian. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2019 |
Adakah terjemahan 'balai berlepas' boleh digunakan untuk 'departure hall' (di lapangan terbang)? | Salam sejahtera, Puan, Balai berlepas dalam data kami merujuk kepada dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang. Puan boleh menggunakan padanan ini jika sesuai. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2018 |
nape tidak ada maksud domestik??? | Perkataan domestik bermaksud berkenaan dengan hall(urusan dll.) dalam negeri. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 361. | Makna | 27.04.2008 |
Mohon penjelasan dari pihak tuan berkenaan dengan nama bangunan yang kami daftarkan sebelum ini UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ejaannya sah. Dan kami hanya ingin menukar maklumat nombor telefon sahaja tetapi cadangan nama ditolak dan di minta tukar kepada UBE Dewan Bankuet Di Nilai 3. Sebelum ini cadangan nama tidak ada masalah. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk tindakan segera. | Sila kemukan permohonan anda pada domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP | Lain-lain | 12.05.2017 |
boleh tahu perbezaan dengan tepat penggunaan salon dan saloon ???? | Mengikut Kamus Oxford Kata salon bermaksud 'room or establishment of hairdresser, fashion designer. Saloon bermaksud ' large room or hall on ship, saloon car, US drinking bar. | Lain-lain | 07.04.2008 |