Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halnya

Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram?Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg.Lain-lain24.02.2007
APAKAH BEZA ANTARA JUGA DAN UNTUK? DI SITUASI MANAKAH PERKATAAN INI BOLEH DIGUNAKAN?

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. Kata juga pula tergolong dalam golongan kata penegas.
Contoh: Ada juga orang yang suka makan durian dengan pulut.

Kata sendi nama untuk pula bermaksud  ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
Contoh: Baju dua helai ini untuk kakakmu.

Untuk maklumat lebih lanjut yang berkaitan dengan perkataan juga dan untuk, silalah rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP.


Tatabahasa18.08.2025
Boleh saya tahu penggunaan kata 'juga' yang paling tepat antara 2 ayat yang berikut? 1. Selain itu, permainan bahasa juga dapat membantu... 2. Selain itu juga, permainan bahasa dapat membantu...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. maka kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa19.09.2019
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TKAyat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa05.03.2012
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
kata 'jawab' jadi 'jawapan'. kenapakan kata 'adab' tidak menjadi 'peradapan'?

Adab tidak dieja 'peradapan' kerana bentuk ini adalah kekecualian. Sama halnya dengan kata 'mentertawakan' yang tidak dieja 'menertawakan'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang membincangkan tentang kata.

Tatabahasa27.06.2008
Bolehkah dua kata sendi nama bergabung seperti "semenjak dari" dan "seperti di".Kata semenjak bermaksud bermula dari, oleh itu tidak perlu lagi diikuti dengan kata dari. Kata seperti bermaksud sama halnya, kata sendi nama di hadapan kata nama atau frasa nama, oleh itu seperti boleh diikuti dengan kata sendi di (dalam frasa nama).Tatabahasa20.01.2011
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan bagi: 1. Bibir 2. Senyuman

Waalaikummussalam saudari Anzalina,

Tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Sama halnya dengan perkataan bibir dan senyuman. Kedua-dua perkataan tersebut tidak memiliki penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif sering digandingkan bahasa puitis seperti seulas bibir dan sekuntum senyuman.

Tatabahasa07.10.2012
Apa terjemahan untuk kata seruan "what the hell" dan seumpamanya?

Cadangan  terjemahan yang sesuai bagi "what the hell" ialah "Apa halnya?”,  bergantung pada konteks, situasi dan penggunaan ayat. Walau bagaimanapun, "what the hell" merupakan bahasa kolokial, iaitu bahasa basahan atau bahasa percakapan.

Penyemakan dan penterjemahan13.04.2023
Salam sejahtera. Penggunaan kata sebagaimana dalam ayat ini betul? Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti bangun awal setiap pagi.

Berdasarkan Kamus Dewan, "sebagaimana" bermaksud seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana. Oleh itu, "sebagaimana" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dengan sedikit pembetulan. Ayat: Kita haruslah menghargai masa sebagaimana Siti yang bangun awal setiap pagi. 

Tatabahasa15.02.2014
1234

Kembali ke atas