| Saudara/saudari, saya inginkan kepastian cara menggunakan peribahasa ini "halwa telinga". Misalnya saya tulis "tak halwa telinga" Bolehkah ayat ini diguna pakai? Adakah pengunaannya betul? | Boleh. Kata tak atau tidak boleh dipadankan/diletakkan di hadapan frasa nama yang terbentuk dalam bahasa Melayu seperti halwa telinga. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008; 262) untuk penjelasan tentang kata nafi. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 730) merakamkan makna bagi halwa telinga ialah sesuatu seperti muzik, nyanyian atau qasidah yang menyedapkan atau menyenangkan pendengaran. Contoh penggunaan frasa ini: Kicauan burung menjadi halwa telinga, lantas kita dapat melupakan seketika kesibukan tugas harian. Oleh sebab itu, tak/tidak halwa telinga ialah sesuatu yang tidak menyedapkan atau menyenangkan pendengaran. | Makna | 16.08.2023 |
| halua telinga atau halwa telinga ? | Yang betul ejaannya ialah halwa telinga, iaitu sesuatu yang menyedapkan pendengaran seperti lagu, syair dan lain-lain. | Istilah | 18.12.2009 |
| Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “glaced fruit” sebagai "glis buah" tetapi terdapat padanan bagi “glazed fruit” iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. | Mohon berikan soalan yang jelas agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan persoalan dalam bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. | Lain-lain | 27.06.2021 |
| Melalui semakan kami, tiada padanan bagi istilah “glaced fruit” sebagai "glis buah". Apa yang kami dapati ialah istilah "glazed fruit” buah sahaja iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Inii kerana peruntukan seperti di bawah ini memberikan padanan "glaced fruit" sebagai "glis buah". Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. Apakah padanan yang diberikan iaitu "glaced fruit" sebagai "glis buah" adalah tepat. | Hasil carian kami melalui Google, didapati bahawa perkataan "glace" ialah perkataan dalam bahasa Perancis atau juga dikenali sebagai "glazed" dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud glaze ialah menyepuh, mengglis atau menyadur. Maka terjemahan yang sesuai bagi glazed fruit ialah buah bersadur | Makna | 28.06.2021 |