| saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi' | Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
| Tatabahasa | 15.02.2012 |
| apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
| sejarah bahasa rojak? pengertian bahasa rojak? penggunaannya dalam majalah hiburan? penguatkuasaannya? penggunaannya dalam lirik lagu? kesan daripada penggunaan bahasa rojak? | Artikel dibawah ada kaitan tentang topik tuan : 1. Zurinah Hassan. Jati diri bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 2. Ramli Sarip Citra bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 3. La Hami Ahmad Kelemahan Bahasa dalam Lirik Lagu Melayu Pelita Bahasa 09 2001 . 4. Lim Swee Tin Lirik lagu cerminan citra budaya bangsa Dewan Budaya 05 2006 . 5. Ahmad Ramli Melodi + lirik lagu = lagu yang baik Dewan Budaya 02 2007 . 6. Zuraini Abu Bakar Lirik Indah Bahasa Gagah Pelita Bahasa 04 2002 . 7. Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor Menentukan Citra Lirik lagu Melayu Pelita Bahasa 07 2003 . 8. Teo Kok Seong Moral dalam Lirik Lagu Under Ground Dewan Budaya 12 2003 . | Lain-lain | 07.12.2007 |