Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih | berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169) Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati. Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung. Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas. Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 04.02.2025 |
Salam sejahtera. Adakah yang di bawah betul? Kita harus bertimbang rasa contohnya Ah Meng memberi tempat duduknya kepada wanita hamil. Terima kasih. | Susunan ayat yang lebih gramatis ialah, "Kita seharusnya mempunyai sifat bertimbang rasa seperti memberi tempat duduk kepada wanita hamil." | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Tuan/Puan, Mohon berikan padangan yang bersesuaian untuk "become pregnant" dalam ayat di bawah. Sumber: If your partner becomes pregnant during the study, you should tell the study doctor immediately. Sasaran: 1. JJika pasangan anda hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. atau 2. Jika pasangan anda menjadi hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "become pregnant" diterjemahkan sebagai "hamil". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.06.2021 |
Kemurungan telah menjadi penyebab keempat utama bunuh diri di Malaysia dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, dan status sosio-ekonomi. Prevalens kemurungan di Malaysia adalah 12.2% pada 2018. Pada masa kini, kemurungan telah menjadi salah satu isu yang selalu dikaitkan dengan kehamilan. Wanita sangat berisiko disebabkan perubahan hormon semasa mengandung, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti harian, kekurangan sokongan sosial adalah isu utama bagi wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan, yang boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin bahkan meningkatan risiko untuk mengalami kemurungan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens gejala kemurungan dalam kalangan wanita hamil di Terengganu serta faktor yang berkaitan dengannya. Persampelan pelbagai peringkat digunakan dalam kajian keratan rentas dua fasa ini yang melibatkan 33 orang wanita hamil bagi kajian fasa satu manakala 389 orang hamil bagi kajian fasa dua. Kesemua wanita hamil berada pada trimester kedua dan ketiga, berusia antara 18 - 46 tahun telah dipilih secara rawak dari 12 klinik kesihatan di Terengganu. Pengukuran antropometrik merangkumi berat semasa, berat pra-kehamilan serta tinggi, manakala bagi analisis komposisi tubuh dinilai menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik. | Mohon tuan/puan untuk memberikan soalan yang lebih jelas agar memudahkan pihak kami untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat. | Lain-lain | 20.08.2021 |
Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil". | Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.04.2015 |
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasih | Mengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat. | Tatabahasa | 19.01.2007 |
saya ingin memohon jasa baik dari pihak DBP untuk menolong saya mencari perbezaan perkataan 'mengandung' dan 'mengandungi'. saya berharap pihak DBP dapat mmberi kerjasama dengan saya dan membalas secepat yang mungkin.. | Kata mengandung daripada kata kandung dan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. membawa sesuatu dalam saku dll. 2. hamil 3. = mengandungi, berisi, memuat. Dari segi penggunaan untuk maksud hamil perkataan yang digunakan ialah mengandung. Bagi maksud selain itu perkataan mengandungi digunakan. | Tatabahasa | 23.03.2008 |
Tuan/Pun, Mohon nasihat pihak puan/tuan mengenai gantinama yang sesuai dalam ayat di bawah bagi "they". Source: Therefore, if your child is pregnant or breastfeeding, they cannot take part in this study. Target: Oleh itu, jika anak anda hamil atau sedang menyusukan bayi dengan susu badan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Bolehkah kita menggantikan "dia" kepada "mereka" dalam ayat di atas walaupun hanya seorang anak sahaja yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih. | Gunakan ganti diri dia untuk merujuk kepada seorang peserta kajian. | Makna | 24.07.2021 |
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin." | Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.09.2022 |
makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |