bau hamis boleh digunakan untuk manusia? | Kata 'hamis' selalunya digunakan untuk menerangkan bau pada binatang atau haiwan. Kata ini kurang sesuai digunakan untuk manusia. | Lain-lain | 07.07.2008 |
Askm... Ingin bertanya berkenaan perkataan HAMIS, adakah boleh digunakan untuk bau ikan? Terima kasih | Bagi bau ikan, perkataan yang paling sesuai ialah hanyir. | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik? | Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih | Istilah | 15.07.2009 |
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah? | Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
apakah kata adj. untuk menyebut bau binatang sperti kuda . lembu , kambing dll. Sekian terima kasih | Cadangan kami ialah hamis. | Makna | 27.04.2010 |