Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.tar] | هانتر

Definisi : ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tar] | هانتر

Definisi : ; menghantar, menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; terhantar 1. terlantar di tanah dll, tergele­tak: badannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeli­haraan orang yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tar] | هانتر

Definisi : ; menghantar 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Nak dulang kubagi dulang,
     Dulang bekas hantar bertih;
Nak pulang kubagi pulang,
     Pulang cik tuan gajah putih pulang


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana saya nak hantar artwork banner untuk kelulusan dewan bahasa dan pustaka. saya cadang untuk hantar ke southern ads di johor bahru.Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.Lain-lain18.11.2013
kami telah hantar lakaran iklan untuk dapat pengesahan dari pihak tuan, no pendaftaran ialah 16894/2013 masih dalam status BARU. Harap pihak tuan boleh mempercepatkan kelulusan, kerjasama dari pihak tuan sangat kami dihargai. DIDAHULUI DAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA AND KELULUSAN YANG AKAN DIBERI OLEH PIHAK TUAN.Penggunaan perkatan dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain08.10.2013
saya nak hantar artwork banner untuk diluluskan sebelum memohon lesen. macam mana saya mesti teruskan?Encik boleh melayari laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk pengesahan iklan. Klik di ruangan e-perkhidmatan. Khidmat Pengesahan Bahasa.Lain-lain11.01.2013
tuan, bolehkah hantar saya satu contoh rencana yang lengkap berkaitan remaja

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh menghantar artikel ke Editor Tunas Cipta atau Editor Dewan Siswa

Lain-lain04.11.2010
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
salam.... saya mahu tanya bagaimana dan dimana nak lupuskan buku teks sekolah yang lama..?? adakah hantar di pusat pelupusan atau hantar di dewan bahasa dan pustaka...?? harap pihak Tuan/Puan dapat membantu.. sekian...Buku teks boleh dilupuskan sebagaimana saudara melupuskan buku-buku yang lain juga. Tidak ada prosedur atau pusat pelupusan khusus untuk buku teks.Lain-lain19.12.2012
Tuan, saya berminat menghantar karya saya dalam bentuk cerpen dan puisi kepada majalah DBP tetapi saya tidak tahu majalah mana yang sesuai dengan tema cerpen atau puisi yang akan saya hantar nanti. ke mana harus saya hantar cerpen ataua puisi ini? terima kasihSila kemukakan karya Sdr kepada:

Ketua Editor,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 KUALA LUMPUR.

Karya Saudara akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan.
Lain-lain26.06.2012
Saya mempunyai karya sajak dan cerpen tapi saya tidak tahu macam mana nak hantar kepada pihak DBP, boleh saya dapatkan sebarang alamat atau email untuk saya menghantar karya-karya saya?Salam.  Saudara boleh menghantar karya tersebut kepada Editor Dewan Sastera, atau Ketua Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menera DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Sekira karya saudara dalam bentuk kumpulan, sila hantar kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain19.12.2010
bagaimana saya hentak hantar karya-karya saya untuk diterbitkan???Sdr Muhammad Zaid Md Saleh (van_persie1989@yahoo.com), harap maklum: jawapan kepada pertanyaan sdra itu adalah sama seperti jawapan kepada soalan sdr sebelum ini. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.08.2010
Salam Tuan, Saya tersilap hantar permohonan, macamana saya hendak membatalkannya? Disini saya lampiran fail utk rujukkan pihak tuan.Sila kemukakan permohonan baharu melalui dalam talian ke portal Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.01.2012
12345678910

Kembali ke atas