| bagaimana saya nak hantar artwork banner untuk kelulusan dewan bahasa dan pustaka. saya cadang untuk hantar ke southern ads di johor bahru. | Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Lain-lain | 18.11.2013 |
| tidak boleh hantar Permohonan baru. Tiada "hantar Permohonan" ?? | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 02.01.2018 |
| Mengapa sudah tiada butang untuk hantar permohonan? Macam mana nak hantar permohonan? Tolong bantu saya, Terima kasih.. | Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. | Lain-lain | 06.06.2017 |
| Salam saya hendak hantar borang permohonan jawatan masih sempat tidak untuk saya hantar selepas pukul 2? | Salam Puan boleh menghantar permohonan jawatan kosong pada tarikh tutup permohonan iaitu 24 September 2020 sebelum pukul 12 tengah malam. Sekian. | Lain-lain | 22.09.2020 |
| saya hantar sudah menghantar salinan contoh papantanda dan perkataan pada papantanda untuk semakan sudah diluluskan. Masalah saya sekarang nak hantar semula sebab ada satu huruf tertinggal. saya dikehendaki buat bayaran dahulu ke? | Untuk pertanyaan mengenai iklan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-21479110 (Pn. Assmah) | Lain-lain | 08.06.2017 |
| salam.... saya mahu tanya bagaimana dan dimana nak lupuskan buku teks sekolah yang lama..?? adakah hantar di pusat pelupusan atau hantar di dewan bahasa dan pustaka...?? harap pihak Tuan/Puan dapat membantu.. sekian... | Buku teks boleh dilupuskan sebagaimana saudara melupuskan buku-buku yang lain juga. Tidak ada prosedur atau pusat pelupusan khusus untuk buku teks. | Lain-lain | 19.12.2012 |
| Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ | Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak DBP adalah seperti yang berikut: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 08.10.2008 |
| Apa dokumen perlu hantar untuk kelulusan DBP ? dan di manakah atau alamat DBP untuk menghantar permohonan kelulusan? Premise perniagaan dan papan iklan akan dipasang di kawasan Bentong, Pahang, Permohonan kelulusan DBP dikehendaki hantar ke alamat mana ? | Sila hubungi nombor 03-21479691/9400 untuk mendapatkan khidmat panduan mengisi sistem DBP sah bahasa. | Lain-lain | 29.06.2017 |
| Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Jawapan: Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. | Lain-lain | 08.10.2014 |
| (Sila / Tolong) hantar tugasan anda pada hari ini. Apakah jawapannya? | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Walalu bagaimanapun, 'tolong 'lebih sesuai digunakan untuk menunjukkan perbuatan memujuk atau memohon. Ayat yang gramatis ialah "Tolong hantar tugasan anda pada hari ini". | Tatabahasa | 04.11.2015 |