Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih.

1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar;

 Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;

2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar.

3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar.

Makna09.12.2009
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang manuskrip. 1. Macam mana saya hendak memastikan pihak DBP sudah menerima manuskrip saya? 2. Bolehkah seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang terdahulu menolak manuskripnya?

Assalamualaikum Saudara,

                 Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahan manuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan kami hantar kepada saudara berserta surat rasmi menyatakan tindakan kami selanjutnya. 

                  Saudara boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskrip ini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit).  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. TK 

                  

Lain-lain06.07.2010
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015
Bagaimanakah hendak menghantar manuskrip novel untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka?

Salam sejahtera,

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan sebagainya, bolehlah dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:

Pengarah Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:1">

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW) 1">
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. 1">
Lain-lain19.06.2019
Saya ada menghantar soalan pada 13 Mac, tetapi jawapan yang diterima pada 15 Mac tidak tepat. Berikut adalah emel yang saya terima: Salam sejahtera Soalan : Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi Jawapan : Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my

Mohon maaf kami tersilap hantar jawapan untuk soalan lain. 1">

Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi boleh diterima sebagai terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation".
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2018
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini.

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan.  Sila hantar karya anda ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

 dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

 50460 Kuala Lumpur 

Lain-lain12.06.2010
Bagaimanakah cara untuk menghantar borang permohonan kerja melalui dalam talian?

PERMOHONAN KERJA:1">

Permohonan jawatan kosong/kerja tidak boleh dihantar melalui dalam talian, borang boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my1">

Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:1">

1"> 

Ketua Pengarah 1">

Dewan Bahasa dan Pustaka,1">

Jalan Dewan Bahasa,1">

50460 Kuala Lumpur1">

(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)1">

1"> 

Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu:1">

  1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau1">
  2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 93411">
Lain-lain10.03.2020
selamat malam tuan.saya ada pertanyaan tentang jawatan jentera elektrik.saya ada sijil kebolehan dari jkkp untuk injin pembakaran dalam kilang boleh ka saya isi ini jawatan.Salam tuan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tuan boleh mengisi dan menghantar permohonan tersebut berserta dengan sijil kelayakan yang diperoleh untuk tujuan penilaian selanjutnya.

Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my1">

Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:1">

1"> 

Ketua Pengarah 1">

Dewan Bahasa dan Pustaka,1">

Jalan Dewan Bahasa,1">

50460 Kuala Lumpur1">

(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)1">

1"> 

Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu:1">

  1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau1">
  2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 93411">



Lain-lain13.03.2020
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan.

Penggunaan yang betul ialah:

1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri.

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing.

3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan.

Tatabahasa31.03.2011

Kembali ke atas