Assalamu'alaikum dan selamat sejahteta. Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan untuk SMS, e-mel, mesej WhatsApp, hantaran Facebook, hantaran Instagram, "tweet" Twitter dan yang sejenis dengannya? Terima kasih. | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah satu. | Lain-lain | 28.05.2018 |
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan perbezaan terjemahan Bahasa Inggeris bagi mas kahwin (mahar) dan belanja hantaran. Mengikut pemahaman saya, kedua-duanya adalah 'dowry'. Sila jelaskan. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "dowry" ialah mahar, hantaran kahwin atau mas kahwin. Istilah "belanja hantaran" tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.07.2013 |
Apakah istilah yang sesuai bagi "Instagram posts" dan "I posted a picture on Instagram"? | Maksud Instagram posts ialah Hantaran di Instagram. Terjemahan yang sesuai bagi I posted a picture on Instagram ialah Saya membuat hantaran gambar di Instagram | Makna | 11.08.2019 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi istilah "social media post"? Adakah perkataan pos sesuai untuk digunakan dalam konteks ini? | Dalam konteks media sosial, "post" diterjemahkan kepada "Hantaran". Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah "Hantaran Media Sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2018 |
Assalamualaikum, Saya tertarik dengan hantaran Twitter DBP di mana salah satu daripada intinya adalah kecelaruan ejaan burung legenda iaitu geroda (garuda salah). Mengapakah DBP, apabila menyusun dan menerbitkan Kamus Dewan menggunakan geroda sebagai ejaan baku (Indonesia menggunakan garuda sebagai yang ejaan baku) walhal secara lazimnya dalam percakapan dan penulisan, garuda lebih banyak digunakan. Apakah pewajaran tersebut? Mungkin boleh berkongsi supaya dapat diberi penjelasan kepada mereka yang seakan-akan 'marah' dan 'maki hamun' apabila dibetulkan ejaan garuda ke geroda. | Soalan saudara akan dipanjangkan ke bahagian Perkamusan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Lain-lain | 09.03.2018 |
Tab permohonan tiada pilihan untuk "hantaran permohonan"bagi pengguna kali pertama, hanya ada senarai permohonan. Bagaimankah dalam keadaan ini? | Kami tidak dapat menghubungi pihak tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Untuk bantuan teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691. | Lain-lain | 13.06.2017 |
Apa khabar. Adakah kata 'sarkastik' seerti dengan 'bersarkasme'? Contoh ayat: Semua seringkali sarkastik/bersarkasme apabila menulis hantaran (posting) di media sosial. | kata 'sarkastik' dan 'sarkasme' mempunyai maksud yang sama, kiasan atau ironi yg mengandungi unsur-unsur kata yg pedas yg bertujuan utk menyakitkan hati seseorang, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
| Sastera | 25.01.2018 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |
apakah maksud "sangga" | Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah. Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan. Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat). Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~. | Makna | 11.01.2013 |
Perkataan kenen dlm ayat berikut terdpt dlm kamus atau tidak? "Kak Ani suka betul kenenkan dia dengan bos besar itu." | Perkataan kenen ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. (kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain. | Istilah | 09.05.2014 |