Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hantarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah antara berikut ayat yang betul? 1. Hantarkan soalan anda ke e-mel ini 2. Hantarkan soalan anda kepada e-mel iniAyat yang betul ialah "Hantarkan soalan anda melalui e-mel ini". Tatabahasa01.03.2023
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? 1. *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. 2. *Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan buku ini ke bilik buku. Yang manakah lebih sesuai? Apakah perbezaannya dari segi tatabahasa, menghantarkan dan hantarkan? Terima kasih.Berdasarkan contoh dialog tersebut,  ayat yang betul ialah "Baiklah, Helmi. Saya akan menghantar buku ini ke bilik guru." 2. "Baiklah, Helmi. Saya akan hantarkan  buku ini ke bilik guru". Perkataan "menghantar" dan "hantarkan" diikuti oleh objek benda iaitu buku.
   
Tatabahasa05.11.2022
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i"Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202.Tatabahasa23.08.2009
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya.Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain05.10.2008
Manakah yang betul? 1. Mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun / Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun 2. Hantarkan penyertaan anda ke (alamat e-mel) / Hantarkan penyertaan anda kepada (alamat e-mel)1. Mata ganjaran akan dikreditkan dalam akaun.
2. Hantarkan penyertaan anda melalui alamat e-mel ...
Tatabahasa26.09.2017
Ayat: Sila hantarkan barang itu kepada kami secepat yang mungkin. Adakah ungkapan “sila hantarkan” lewah atau tidak gramatis?Ayat yang lebih tepat ialah tolong hantar barang itu kepada kami secepat mungkin.Tatabahasa29.12.2009
Narin: minta hantarkan buku latihan ini ke bilik guru. (Berikan respons. Gambar menunjukkan Narin memegang buku. Helmi belum pegang buku itu lagi.) Helmi: Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku latihan ini ke bilik guru./ Baik, Helmi. Saya akan hantarkan buku latihan itu ke bilik guru. Adakah kata ganti nama tunjuk perlu ditukarkan kepada itu semasa memberikan respons? Ataupun buku itu dekat pada matanya, maka perkataan ini boleh diguna pakai? Terima kasih atas bimbingan DBPKata ganti nama tunjuk "ini" bermaksud menunjuk pada yang dekat manakala "itu" menunjuk pada yang jauh.
Berdasarkan situasi dalam contoh ayat tersebut, kata ganti nama tunjuk yang betul ialah "ini" kerana buku tersebut berada berdekatan dengan Helmi.
Tatabahasa01.09.2021
Ika SaniView Profile Actions THU 8:32PM Ika Sani Ika Saya ingin meminta penjelasan tentang perkataan mengongsi dan berkongsi. Apakah penggunaan yang betul? Saya pernah membaca ayat-ayat di bawah ini: 1) Sila hantarkan e-mel untuk mengongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Atau 2) Sila hantarkan e-mel untuk berkongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Mana satukah yang betul? Semoga dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Berkongsi antara maksudnya ialah berpakat atau bersama-sama menggunakan sesuatu. Mengongsi bermaksud menggunakan bersama-sama. Berdasarkan makna tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut, namun lazimnya perkataan berkongsi yang digunakan.Tatabahasa21.04.2016
Helmi : Narin, minta hantarkan buku ini ke bilik guru. Narin : ________ Respon di bawah sesuai? *Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Arun : Anand, tong ambilkan saya kamus itu. Anand : ____ *Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Minta penjelasan jika tidak sesuai. Terima kasih.Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku ini ke bilik buku. Baiklah, Arun. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa01.11.2022
Bagaimana alamat email untuk saya hantarkan gambar banner yang ingin kami paparkan untuk kegunaan awamSila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain30.06.2015
123456

Kembali ke atas