Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami sudah mencuba berulangkali untuk membuat pengesahan iklan...tetapi ditolak dengan berbagai kaedah...dan sangat rumit...apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak tuan....kami hanya hanya ingin membuat pengesahan iklan untuk memulakan perniagaan sahaja...kenapa begitu rumit dan berbeli belit...Untuk makluman, kami menyemak penggunaan bahasa dalam iklan. Penggunaan bahasa hendaklah betul dan sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan bahasa yang kurang tepat akan dicadangkan pembetulan bagi menghasilkan bahasa yang baik dan betul.Lain-lain19.12.2016
Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih.Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan.Tatabahasa23.10.2018
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahajaPerkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja'  kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut:
(a)   Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau
(b)   Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 
Tatabahasa08.03.2018
Salam sejahtera. Bolehkah saya mengetahui perbezaan "hanya akan" dan "akan hanya"?Untuk makluman, kedua-duanya membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, lazimnya yang sering digunakan ialah perkataan "hanya akan".Tatabahasa08.02.2017
Adakah perkataan 'hanya sanya' diguna pakai dalam bahasa melayuIstilah hanya sanya terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud: hanya (digunakan untuk penegasan).
Istilah07.10.2015
Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99Tatabahasa15.01.2013
Adakah bahasa Melayu dan Inggeris menggunakan bentuk ayat verbal? Kerana berdasarkan pemerhatian saya, semua ayat bahasa Inggeris dan Melayu hanya menggunakan ayat nominal. Hanya bahasa Arab menggunakan kedua-dua model ayatBerdasarkan buku Tatabahasa Dewan, tiada bentuk ayat verbal dan ayat nominal digunakan dalam bahasa Melayu. Tatabahasa11.02.2021
Manakah yang betul dan mengapa? 1. dapatkan produk ini hanya dari RM99 2. dapatkan produk ini dari hanya RM99 Adakah kedua-dua contoh di atas mempunyai maksud yang sama?Yang betul "dapatkan produk ini hanya daripada RM99".Lain-lain20.07.2016
Adakah 'al-Fatihah' dikira sebagai kata nama khas? Perlukah diletakkan tanda sempang jika ayatnya begini: "Solatnya hanya ber-al-Fatihah yakni tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." Atau tidak perlu bertanda sempang seperti 'beral-Fatihah'.Untuk makluman, al- fatihah ialah kata nama khas dan kata ini tidak boleh diberi imbuhan ber kerana imbuhan ber hanya untuk kata kerja sahaja. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "Solatnya hanya membaca  al-Fatihah sahaja, iaitu tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya."Tatabahasa06.05.2019
"Memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa sementara "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Dengan merujuk kepada cara penggunaan "memberi" dan "memberikan" di atas, maka "Ali memberi seekor kucing kepada Midah" adalah ayat yang betul. Adakah ini benar?Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 207:
 
(a)  Ali memberi kucing makanan.
(b)  Ali memberikan makanan kepada kucing.

Ayat Ali memberikan kucing makanan sebenarnya berasal daripada kata dasar beri yang menerima apitan MeN-...-i tetapi telah digugurkan satu i. Hal ini bermakna rumus tatabahasa dalam kata memberi ialah apitan meN-...i, bukan awalan meN-... seperti memukul dan membaca. Sekiranya ayat "Ali memberi seekor kucing kepada Midah" hendak digunakan untuk menerangkan perbuatan tersebut, kami berpandangan ayat yang gramatis ialah Ali menghadiahi Midah seekor kucing.
Tatabahasa28.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas