Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ sanya hanya (digunakan utk penegasan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hanyalah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih.
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.

Tatabahasa30.07.2014
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Assalammualaikum, Golongan kata bagi perkataan sementara dalam ayat " Hidup ini hanyalah sementara."

Waalaikummussalam,

Golongan kata bagi perkataan 'sementara' dalam ayat ialah golongan kata adjektif/sifat.

Tatabahasa25.11.2012
Salam tuan, apakah maksud "bingkisan budi dalam kenangan". Adakah frasa ini hanyalah suatu ungkapan kata-kata atau salah satu peribahasa? Saya tidak menemukan frasa tersebut dalam kamus peribahasa. Terima kasih."Bingkisan budi dalam kenangan" ialah frasa atau ungkapan kata-kata sahaja dan bukan peribahasa.Istilah21.05.2016
Adakah terdapat perkataan "menimbul"? Berdasarkan Kamus Melayu DBP, kata terbit untuk "timbul" hanyalah "menimbulkan". Apakah perbezaan antara "menimbul" dan "menimbulkan"?Kata terbitan untuk perkataan "timbul" ialah "menimbulkan" bukan "menimbul".  "Timbul" merupakan perkatan yang kata dasarnya hanya dapat menerima apitan meN-...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- sahaja.Tatabahasa15.06.2020
dasdsaTidak ada maklumat tentang perkataan dasdasa dalam data kami, yang ada hanyalah dasa yang bermaksud sepuluh atau puluh.Istilah19.05.2014
ASSALAMUALAIKUM WBT. 1. adakah terdapat istilah pra-cerapan/pracerapan untuk bidang astronomi?Yang dijumpai hanyalah pra & cerapan dalam bentuk berasingan. 2. Jika ini boleh dikira sebagai istilah baru, apakah bentuk ejaan yang sesuai diantara pra-cerapan/pracerapan? 3. Bagaimana pula dari segi definis pra-cerapan/pracerapan? Terima kasih.Istilah tersebut tiada dalam data kami. Sekiranya ingin membentuk istilah baharu, padanan yang betul ialah "pracerapan". Maksudnya sebelum sesuatu yang diterima dengan pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan;Istilah03.03.2017
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Penggunaan apitan memper-...-i tidak begitu produktif. Penggunaan apitan ini hanyalah bagi perkataan `memperingati`, `memperkawani`,`mempersuami`, dan `memperisteri`. Adakah bermaksud kata dasar lain jika menerima apitan ini dikatakan salah?Seperti yang saudara maklumi apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Tatabahasa19.04.2009
Memohon iklan untuk kedai menjual baju kanak-kanak.Saya telah menyemak iklan tersebut. Yang perlu dibetulkan hanyalah:

Oleh – oleh (huruf kecil)

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain01.08.2015
12345678

Kembali ke atas