Happy EverAfter Didn't Exist Aug 28th, 8:12pm Terima kasih atas maklum balas,saya ada satu soalan. Bagaimana prosedur untuk menghantar karya kepada DBP ? | Sila kemukakan karya tuan kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan. | Lain-lain | 28.08.2015 |
Happy EverAfter Didn't Exist Aug 21st, 9:08pm Asalamualaikum tuan/puan Saya ada terdengar,jika tulis sajak/seni boleh dapat alaun betul atau palsu ? kalau betul,saya berminat dan tolong beri tahu prosedurnya. smile emoticon | Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya dan berminat untuk menghasilkan karya. Sekiranya tuan/puan ada menghantar karya kepada pihak kami, dan karya tuan/puan itu disiarkan/diterbitkan sama ada melalui majalah ataupun dalam bentuk buku, tuan/puan akan dibayar honorarium/royalti. (bukan elaun). Jumlah bayaran bergantung pada bentuk tulisan tuan/puan. Diharap penjelasan ini dapat membantu tuan/puan. | Lain-lain | 21.08.2015 |
apakah terjemahan yang paling tepat untuk ayat "how happy are you" di dalam soalan-soalan berikut: 1. how happy are you with your health? 2. How happy are you about getting on with people you know? 3. How happy are you about how safe you feel? sesuaikah jika saya terjemahkan sebagai "adakah anda gembira ..." terima kasih | Cadangan terjemahan yang sesuai: - Adakah anda/awak berpuas hati dengan kesihatan anda/awak?
- Adakah anda/awak gembira dengan kenalan anda/awak?
- Adakah anda/awak berasa selamat?
| Penyemakan dan penterjemahan | 18.01.2017 |
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |
Salam, soalan berkenaan penggunaan frasa/kata sendi nama untuk ayat ini: "10 years of happy customers", adakah menjadi "10 tahun pelanggan gembira" ? betul atau salah? Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti "10 tahun bangunan KLCC" ? | Frasa "10 years of happy customers" tidak boleh diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu, tetapi perlu diketahui makna dan konteks frasa bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan bahasa sasaran (bahasa Melayu). Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "10 years of happy customers" ialah " 10 tahun bersama-sama anda". Untuk soalan "Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti '10 tahun bangunan KLCC' ?", soalan tersebut kurang jelas dan mohon penjelasan tuan. Sekiranya ingin mengetahui tentang penggunaan frasa yang betul, kami mencadangkan "ulang tahun KLCC ke-10". | Makna | 27.09.2023 |
Selamat sejahtera. Introduction to Skin Microbiome Did you know our skin is home to millions of good bacteria? These tiny protectors are essential for keeping our skin healthy and happy! Pengenalan pada Mikrobiom Kulit Tahukah anda bahawa kulit kita mempunyai berjuta-juta bakteria baik? Pelindung kecil ini penting untuk memastikan kulit kita sihat dan ceria! Adakah terjemahan tersebut betul? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2024 |
Soalan 1 Minta pandangan tentang ayat arahan berikut: a. Baca tentang pekerjaan yang ingin dilakukan oleh Hana dan rakan-rakannya. Soalan 2 minta tolong semak penggunaan 'atau' Perkataan seerti bagi 'happy' ialah gembira atau riang. atau kita boleh juga letak seperti gembira/riang. Terima kasih. | 1. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan sepertti bacakan dan jelaskan. Sila kenal pasti ayat tersebut sama ada menyuruh pembaca membaca atau menjelaskan tentang pekerjaan tersebut. 2. Kata atau digunakan apabila menyatakan perkara yang menjadi pilihan seperti A atau B. Apabila menulis ayat seelok-eloknya menggunakan perkataan yang sempurna, ...riang atau gembira.
| Tatabahasa | 30.04.2014 |
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA. | Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Assalamualaikum, through this email I wonder if you would mind helping me to check my abstract's translation in form of Bahasa Melayu. I am an International post graduate student from Univeristy Teknikal Melaka, Malaysia. I already discussed with one of my Malaysian friend to write this abstract, but my supervisor asked me to re-check it again through DBP. I really appreciate any help you can offer me and wiil be happy if you possible to help me, Wassalamualaikum, Affandy. International Post-Graduate Student FITC - UTeM, Melaka | Melalui semakan kami dalam beberapa baris yang awal, banyak ditemukan kesalahan dari aspek ejaan, istilah dan tatabahasa. Penterjemah mestilah mengetahui ejaan yang betul dan menguasai aspek tatabahasa. Banyak ditemukan kesalahan dalam aspek asas tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah serta perbezaan awalan "di" dan kata sendi nama "di" dan lebih banyak lagi kesalahan dalam binaan ayat dan terjemahan istilah atau konsep. Untuk makluman tuan, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak apatah lagi mengesahkan hasil terjemahan yang telah dibuat kerana pihak yang dibayar sewajarnya bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna sehinggalah tuan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkhidmatan penterjemahan yang berwibawa antaranya khidmat yang ditawarkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 03-92262506 atau terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.05.2014 |
Salam sejahtera, Soalan saya adalah berikut. Mengapakah kata nama khas Hari Guru tidak digandakan menjadi Hari Guru-guru. Sepertimana dlm bh Inggeris Teachers' day yakni perkataan teachers telah digandakan utk menandakan jamak. Berbeza dgn Hari Ibu, kita menyambut hari itu khas utk seorang ibu tetapi hari guru selalunya sambutan utk para guru yang dikenali. Adakah salah dari segi tatabahasa jika hari guru dinamakan sbg Hari guru-guru? | Penambahan huruf "s" dalam bahasa Inggeis mempunyai pelbagai makna, iaitu: a) menunjukkan bilangan lebih daripada satu ("plural") b) menunjukkan perbuatan lazim ("present tense") bagi objek "singular". c) menunjukkan kepunyaan Berdasarkan soalan tersebut, penggunaan huruf "s" dalam frasa "Happy Teachers' Day" bukan bermaksud jamak ("plural") tetapi bermaksud "kepunyaan". | Lain-lain | 21.05.2022 |