Penggunaan dalam surat atau e-mel, Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai Atau Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai Terima kasih | Kedua-dua ayat “Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai” dan “Kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami hargai” betul dan boleh digunakan dalam penulisan surat rasmi. | Tatabahasa | 28.11.2023 |
di hargai atau dihargai diseluruh atau di seluruh? apakah jenis kesalahan tatabahasa di atas? | Awalan “di” boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. Awalan “di” sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti “di” Kuala Lumpur dan “di” rumah serta dieja terpisah. Awalan “di” sebagai imbuhan atau “di” yang bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama dieja rapat, contohnya dibekukan, ditulis, dijerat dan dihukum. Oleh yang demikian, penggunaan awalan “di” yang betul ialah “dihargai” dan “di seluruh”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 176 dan 265-266. | Tatabahasa | 19.04.2024 |
Saya ingin tahu penggunaan perkataan hargai dalam ayat berikut betul atau salah :Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka. | Ayat yang betul ialah: Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam. | Tatabahasa | 07.04.2023 |
"Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan ke atas perkara ini amatlah kami hargai." Adakah ayat di atas gramatis? | Cadangan padanan jawapan ialah "Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini, amatlah kami hargai." | Lain-lain | 28.07.2022 |
Betulkah ayat ini: Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka. | Ayat yang betul ialah, Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam. | Lain-lain | 07.04.2023 |
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih. | Waalaikumsalam, Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores". | Ejaan | 01.06.2018 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
Perbezaan antara 'bergaduh' dan 'bergaduhan'. mohon terjemahkan dalam bahasa inggeris 'bergaduhan' dan 'mengasari'. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. | Terdapat beberapa padanan bahasa Inggeris untuk "bergaduh", iaitu "squabble, brawl dan quarrel". Tidak ada padanan bahasa Inggeris untuk "bergaduhan" dalam pangkalan data DBP. Padanan bahasa Inggeris untuk "mengasari" ialah "maul" dan "rough up". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2017 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan 'garpu' dan 'garfu' , yang manakah tepat dan boleh digunakan? Maklum balas tuan amat saya hargai. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah garpu. | Ejaan | 15.09.2014 |
Adakah perkataan atau ayat di banting ini menepati penggunaan bahasa melayu yang betul? Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian terima kasih. | Pembetulan: 1. JOM BERBUKA PUASA 2. Waktu dan Tempat Duduk Terhad 3. PANAS. MAKANAN BARAT . MAKANAN LAUT Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.06.2015 |