Sama ada hari guru, hari kanak-kanak dan hari ibu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih. | Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dieja dengan huruf besar. Manakala hari kanak-kanak dan hari gotong royong dieja dgn huruf kecil kecuali ada unsur-unsur khusus spt Hari Kanak-Kanak Sedunia 2007 atau Hari Gotong-royong Taman Permai, barulah dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih. | 1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang. 2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.) | Ejaan | 25.04.2013 |
Selamat sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah? 1. Hari guru / Hari Guru 2. Hari kanak-kanak / Hari Kanak-kanak 3. Hari kantin / Hari Kantin Saya telah rujuk khidmat nasihat yang dipamerkan tetapi telah menimbulkan kekeliruan. Terdapat ejaan yang berbeza dalam forum itu. Harap pihak tuan akan memberikan jawapan yang tepat. Terma kasih. | Frasa Hari Guru, Hari Kanak-kanak (Sedunia) dan Hari Kantin berfungsi sebagai nama khas sekiranya berganding dengan penerang nama khas dan huruf pertama dieja dengan huruf besar. Sekiranya frasa dalam ayat umum biasa hari guru, hari kanak-kanak, hari kantin ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 08.09.2018 |
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?" | Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Adakah ayat berikut sesuai untuk buku bacaan kanak-kanak? Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa cuti. | Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa Ali bercuti. | Tatabahasa | 23.08.2016 |
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ. | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 04.09.2012 |
Mana satukah yang betul? - Hari Malaysia - hari Malaysia - Hari Raya Aidilfitri - hari Raya Aidilfitri | Ejaan yang betul ialah "Hari Malaysia" dan "Hari Raya Aidilfitri". | Penyelidikan | 10.12.2015 |
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar? | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru. | Ejaan | 05.10.2012 |
Assalamualaikum. 1. Hari ini hari (ke-3) dalam bulan November.. @ ketiga... 2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang (kesembilan)... @ ke-9.. Mohon pihak DBP dapat membantu, penggunaan mana yang lebih sesuai. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah: 1. Hari ini hari ketiga dalam bulan November 2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang kesembilan | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul? | Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 02.05.2012 |