Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan | Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu). | Istilah | 02.10.2009 |
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957 | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 13.08.2016 |
Salam, Adakah hari kemerdekaan bukan nama khas ?Apakah beza hari kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan?Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna hari Kemerdekaan juga ialah hari Kebangsaan tetapi hari Kebangsaan tidak semestinya hari Kemerdekaan. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Assalamualaikum, Dalam surat kiriman rasmi ada slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". Ada juga jabatan lain memasukkan slogan jabatan mereka sendiri atau memeasukkan juga tema Hari Kebangsaan "SEHATI SEJIWA". Soalannya, yang manakah perlu ditulis dahulu? BUN atau slogan jabatan sendiri atau tema Hari Kebangsaan? Terima kasih | Dalam surat kirirman rasmi, slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" diletakkan di bahagian atas, slogan-slogan lain diletakkan selepasnya, seperti: "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' "SLOGAN JABATAN" "SLOGAN HARI KEBANGSAAN/KEMPEN SEMASA" | Tatabahasa | 17.11.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya penggunaan 'tanggal' dalam ayat di bawah betul tak. Hari Kebangsaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Adakah 'tanggal' tak diperlukan dalam ayat tersebut. Salah ke 'pada tanggal 31Ogos'? Terima kasih. | Ayat yang gramatis "Hari Kebangsaan negara kita disambut pada 31 Ogos setiap tahun". Penggunaan kata tanggal seperti dalam frasa "pada tanggal 31 Ogos" telah mantap penggunaannya dalam wacana lama, namun ayat ini boleh dikemaskan lagi dengan bentuk yang gramatis. | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Assalam & Selamat Petang, Mohon pihak DBP untuk menyemak ayat & perkataan dalam iklan Hari Kebangsaan seperti di bawah. Terima kasih. Semakin kita berkongsi, Semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, Dipercayai, kualiti, nilai dan prihatin, Kerana anda keutamaan kami SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada Perodua | Selamat pagi, Lihat pembetulan yang berikut: Semakin kita berkongsi, semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, dipercayai, berkualiti, bernilai dan prihatin, kerana anda keutamaan kami. SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada Perodua. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 08.08.2016 |
Salam, Benarkah penggunaan istilah Hari Kebangsan kini sudah ditukar kepada Hari Kemerdekaan? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 14.08.2012 |
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?" | Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. | Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan. | Tatabahasa | 28.02.2014 |
Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukkan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan pertunjukkan. Adakah ejaannya hanya perlu satu huruf k atau dua huruf k? Mohon penjelasan. Terima kasih | Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Ejaannya hanya satu huruf k sahaja. Perkataan pertunjukan terhasil daripada imbuhan apitan per-...-an iaitu PER+TUNJUK+AN. | Tatabahasa | 12.05.2020 |