Jika harimau mengaum, kambing mengembek, Burung hantu bagaiman pula? terima kasih | Sila dapatkan jawapan anda dalam sistem carian laman dbp.gov.my Sekian Terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2010 |
Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan). Apakah istilah linguistik bagi perkataan-perkataan ini? Terima kasih. | Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan) merupakan perkataan yang digunakan secara umum. Tiada istilah linguistik bagi perkataan yang dinyatakan. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
Perkataaan berikut merupakan berapa suku kata? a)siasat b)harimau c)aniaya Apakah kedudukan diftong di dalam persukuan kata? Jika KVV tidak termasuk di dalam 11 pola suku kata yang umum. | Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan: a) siasat - si-a-sat b) harimau - ha-ri-mau c) aniaya - a-ni-a-ya Pemenggalan suku kata untuk kata yang mengandungi diftong: a) am-boi b) wa-hai | Ejaan | 29.03.2012 |
Mengapakah perkataan 'oleh' boleh digugurkan dalam ayat pasif? Sebagai contoh, (Harimau itu ditembak Ali) | Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
apakah maksud bagi `lepas daripada mulut buaya , masuk ke mulut harimau` apakah kesalahan bagi ayat berikut dari struktur ayat atou tatabahasa ~sali meminjam pinggan mangkuk yang baru dibelinya kepada kakaknya. ~nathan ialah pelajar tertinggi di kelas itu | Makna peribahasa tersebut ialah seseorang yg terlepas dari sesuatu bahaya, akhirnya akan berhadapan dengan bahaya yg lain pula. Sepatutnya, Sali meminjamkan pinggan mangkuk yg baru dibelinya kepada kakaknya. Nathan merupakan pelajar tertinggi di kelas itu. Terima kasih. | Makna | 25.09.2008 |
Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang lalu.Kali ini saya ingin bertanya adakah penggunaan tanda petik ( " " ) dalam ayat berikut betul: 1. Buku itu bertajuk "Harimau Malaya". 2. Kita sering menemukan papan tanda dengan ejaan yang salah seperti "Laluan Motorsikal", "Kedai Repair Kereta" dan sebagainya. | Penggunaan tanda petik dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.10.2011 |
Assalamualaikum saudara, saya ingin mengemumakan beberapa soalan berkaitan dengan tatabahasa. Saya memperoleh soalan tersebut melalui buku soalan dan ingin mengetahui sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah. Berikut ialah soalannya: Membaham 1. Ahli tinju itu membaham lawannya hingga berdarah. 2. Seekor harimau telah membaham seorang penoreh getah. 3. Penjual ubat itu menunjukkan kekuaannya dengan membaham kaca di hadapan orang ramai. 4. Ombak yang mengganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan. Sekian, terima kasih. | Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesutau perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2008 |
apakah kata ganti nama paling sesuai untuk binatang.Dia atau ia? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIH | Senarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek. | Lain-lain | 26.11.2012 |