Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala barang yg berharga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Peribahasa

Emas berpeti,
     kerbau berkandang.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'harta benda' atau 'harta-benda', yang manakah betul?jawapan yang betul ialah harta bendaTatabahasa15.09.2012
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan?"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul.Tatabahasa08.08.2011
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab?Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara.Lain-lain01.05.2013
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif?Frasa "berkenaan dengan" adalah betul.Tatabahasa01.11.2013
maksud modal sosial dan contohnya?Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum.Makna13.07.2008
apakah yang di maksudkan dengan vedualisme?Maksud vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian.Makna20.03.2010
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih.Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi.Tatabahasa31.07.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan Bendahara dalam bahasa Brunei

Kamus Dewan mengungkapkan makna dalam bahasa Melayu dan bendahara bermaksud 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur. Walau bagaimanapun dalam bahasa Melayu Brunei makna bendahara ini mungkin sama atau mungkin juga tidak sama.

Makna23.10.2008
apakah maksud hutan kita khazanah kita?Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain09.02.2007
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetikDisleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum.Makna28.09.2007
12

Kembali ke atas