Perlukah saya menggunakan kata ganda bagi hartanah bagi konteks beberapa/pelbagai jenis hartanah, i.e. "Terokai hartanah-hartanah menarik di...." ataupun memadai hanya "Hartanah" Terima kasih | Ada perkataan yang tidak perlu digandakan kerana maksud tunggal atau jamak boleh dikenal pasti bergantung pada ayat yang digunakan. Perkataan hartanah dalam ayat contoh tersebut tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 28.06.2016 |
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah" | Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimia | Ejaan | 20.01.2012 |
Yang manakah ejaan betul, Hartanah atau Harta Tanah? Terima kasih | Istilah hartanah dan harta tanah, kedua-duanya diterima. | Tatabahasa | 11.10.2013 |
Adakah terjemahan berikut sesuai? Globalizing real estate --> Mengglobalisasi industri hartanah | Terjemahan yang sesuai bagi Globalizing real estate ialah Hartanah Global | Makna | 05.12.2017 |
DIANTARA DUA PERKATAAN TERSEBUT , YANG MANAKAH BETUL UNTUK DIGUNAPAKAI KERANA KEDUANYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA: 1.HARTA TANAH ATAU HARTANAH 2. JURU UKUR ATAU JURUUKUR MOHON MAKLUM BALAS DAN KOMEN YA. TERIMA KASIH | Perkataan hartanah dan harta Tanah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama. JURUUKUR ialah ejaan yang betul. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2017 |
Mohon terjemahan untuk"Occupancy: Vacant Procession" dari konteks hartanah. Terima kasih. | Dalam bidang ekonomi occupancy diterjemahkan kepada penghunian dan tiada terjemahan khusus bagi vacant procession. Data yang ada ialah vacant possession yang diterjemahkan kepada milikan kosong. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |
Apakah terjemahan bahasa melayu bagi Outright Sale dalam bidang hartanah dan harta intelek? | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "Outright Sale" ialah Jualan Hak Harta Intelek. | Istilah | 07.11.2019 |
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih. | Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut. | Lain-lain | 12.12.2014 |
Apakah istilah BM yang sesuai digunakan untuk istilah 'UNDER OFFER' dari konteks hartanah? | Dalam bidang peristilahan, under diterjemahkan kepada bawah, kurang, rendah. Maka under offer boleh diterjemahkan kepada tawaran rendah, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.05.2015 |
"DENGAN INI PIHAK KAMI JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKUJANJI PIHAK KAMI BERTARIKH OKTOBER 19,1995 DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYAAN. PIHAK KAMI DI MINTA MENYERAHKAN HAKMILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM MEWAKILI BAGI PIHAK BANK PEMBIAYAAN IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN." BOLEH SEMAK AYAT SAYA? | Berikut petikan yang telah disemak dengan beberapa pindaan. DENGAN INI PIHAK KAMI MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN MENGIKUT SURAT AKU JANJI PIHAK KAMI YANG BERTARIKH 19 OKTOBER 1995 DAN DIKELUARKAN KEPADA BANK PEMBIAYA. PIHAK KAMI DIMINTA MENYERAHKAN HAK MILIK STRATA ASAL BAGI HARTANAH TERSEBUT KEPADA PEGUAM YANG MEWAKILI PIHAK BANK PEMBIAYA IAITU HONG LEONG ISLAMIC BANK BHD UNTUK MEMBUAT GADAIAN. | Tatabahasa | 14.06.2013 |