Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
Berkaitan Kertas BM 2 UPSR : Bahagian C, status penggunaan 'lah' bersama kata bantu 'mesti, harus, hendak'. Soalannya boleh guna atau tidak boleh atau harus diguna?Partikel "lah" berfungsi sebagai kata penegas dan boleh digunakan untuk menegaskan bahagian tertentu dalam ayat. contohnya pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya.Tatabahasa12.04.2014
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak?Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya.Ejaan26.06.2012
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
Saya difahamkan bahawa perkataan seperti 'kah', 'tah' dan 'lah' adalah partikel atau ayat tugas; di mana penggunaannya mesti dicantumkan dengan perkataan di hadapannya. Contoh: 1. Apakah masalah awak? Namun begitu, adakah situasi di mana partikel ini tidak perlu dicantumkan dengan perkataan yang ada di hadapan? (exception to the general rule) Contoh: 2."Awak sudah makankah?" atau "Awak sudah makan kah?" Adakah betul jika saya katakan bahawa penggunaan partikel yang tertara di atas, apabila digunakan sebagai kata penegas, harus dicantumkan dengan kata yang ada di hadapannya? Terima kasihPartikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Berdasarkan contoh yang tuan berikan, ayat yang tepat ialah "Awak sudah makan?" atau "Adakah awak sudah makan?"Tatabahasa08.04.2020
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must.Tatabahasa28.02.2012
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih.Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar.

Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin.  Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin.

Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini.
 
Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. 

Partikel  'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri.
 
Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai.
Lain-lain01.07.2014
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda?

Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga.

Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda?

Lain-lain09.07.2010

Kembali ke atas