| Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai? | Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. | Makna | 05.12.2016 |
| Saya pernah mendengar perkataan Hasil mansul atau masul bumi/laut. Apabila saya gunakannya. Rakan sepejabat mengatakan dia tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Dan ramai diantara kawan-kawan pun belum pernah dengar. Saya harap tuan dapat memberikan penjelasan sama ada pengunaan bahasa itu betul atau salah. | Penggunaan yang betul ialah hasil mahsul yang bermaksud hasil sesebuah negara (yang dieksport). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 976. | Makna | 15.05.2008 |
| Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |