Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hassan

Puisi
 

Cik Hassan mudik ke Bentong,
     Singgah memetik buah putat;
Nasib badan tidak beruntung,
     Ikan digulai habis melompat.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kenapa bayaran untuk permohonan saya gagal? saya lampirkan gambar gagal pembayaran dibawahUntuk membuat aduan berkaitan masalah penggunaan sistem Pengesahan Bahasa DBP sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Penguatkuasaan, Pn. Rohayu binti Hassan">Ismail@Hassan di talian telefon 03-2147 9400 atau 03 2147 9691.Lain-lain09.06.2017
Lieya Hassan Feb 9th, 5:26pm Adakah Sistem pemenggalan waktu yang dikeluarkan oleh DBP ini betul? (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59Pemenggalan waktu ini betul. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59Tatabahasa09.02.2015
Lieya Hassan Feb 6th, 12:31pm Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, betul ke sistem pemenggalan waktu ni?Sila nyatakan sistem pemenggalan waktu yang puan maksudkan.Lain-lain06.02.2015
Mkhairi Hassan MON 10:17 Mkhairi Hassan Mkhairi assalamualaikum.. ingin bertanya... Pengarah Penerbit UTM diundang ke majlis Titah Diraja...Jika diwakilkan kepada Pegawainya .. bole ke? saya cuba hubungi no yang ada di dalam kad undangan... tetapi smua tidak berjawab... terima kasihSila hubungi urus setia melalui talian 03-2147 9126/9127/9128.Lain-lain03.10.2016
W.M. Hanif Hassan 23/12/2016 17:04 W.M. Hanif Hassan W.M. Salam saya nak tanya berkenaan perkataan "terbijak" boleh atau salah penggunaannya dan penerangannya..terima kasih..boleh atau tidak ter digabungkan dengan bijak...Waalaikumussalam. Kata adjektif "bijak" boleh digabungkan dengan imbuhan "ter". Kata adjektif terbitan yang sedemikian ini berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Perkataan "terbijak" membawa maksud paling bijak.Tatabahasa23.12.2016
Antologi sajak karya Zurinah HassanAntara antologi sajak karya Zurinah Hassan ialah Pujangga Tidak Bernama terbitan DBP, 1994. Sekian.Lain-lain03.03.2009
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng.Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng.Tatabahasa24.03.2011
Adakah panggilan hormat bagi gelaran akademik Doktor (Dr) seperti Dr. Wan Azli Wan Hassan digelar sebagai Yang Berusaha Dr. Wan Azli Wan Hassan? Sekian, terima kasih.Selamat pagi.
Bagi soalan pertama, gelaran bagi akademik Doktor ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat. Saya tidak jelas bagi soalan kedua tuan. Harap maklum. Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.05.2016
Saya ingin maklumat biodata tentang ZAIHASRA ( Zaiton Abdullah) dan Zurinah Hassan. Selain itu, bolehkah saya mendapatkan dua buah sajak yang banyak menggunakan simbol dan lambang dalam penulisan mereka.Sdr. boleh merujuk dan mendapatkan biodata/maklumat tentang Zurinah Hassan dan Zaihasra (Zaiton Abdullah) melalui buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP 2005. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau merujuk di perpustakaan iaitu Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Di perpustakaan, sdr. boleh merujuk sajak Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh" terbitan DBP yang berjudul Karya Pemenang Hadiah Sastera 1974-76. Juga sajak Zurinah Hassan berjudul "Kuali Hitam" yang mengandungi simbol atau perlambangan. Lain-lain04.09.2008
Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih.Ejaan22.08.2011
123456789

Kembali ke atas