Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sut] | هاسوت

Definisi : ; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi (-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing); hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah; terhasut sakit hati atau marah kerana di-hasut: PM menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik; hasutan kata-kata atau perbuatan meng­hasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika; penghasutan perihal menghasut; penghasut orang yg menghasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.sut] | هاسوت

Definisi : ; menghasut membangkitkan kemarahan, kebencian seseorang terhadap orang lain: Dialah yg ~ saya supaya bergaduh dgn Amat. hasutan kata-kata, perbuatan dsb yg bertujuan utk menghasut: Demi mendengar ~ itu, dia terus bertindak tanpa berfikir panjang. penghasutan perbuatan atau hal menghasut. penghasut orang yg menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasut
Kata Terbitan : menghasut, penghasut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
Apakah istilah BM untuk "troll farm"? Jika tiada, bila DBP akan mencipta istilah terjemahannya? Carian Google yang memetik Oxford Languages, mentakrifkannya sebagai: an organization employing people to make deliberately offensive or provocative online posts in order to cause conflict or manipulate public opinion. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'troll farm' ialah kumpulan hasut maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.08.2022
Assalamualaikum, Saya sedang membuat penyelidikan berkenaan 'Cyberbullying in Malaysia'. Persoalan saya: 1) Apakah istilah yang digunapakai oleh DBP dalam mendefinisikan 'cyberbullying' di negara kita? 2) Berdasarkan faktor apakah, definisi atau istilah tersebut dibuat oleh DBP dalam menterjemahkan 'cyberbullying'? 3) Selain daripada siber buli dan buli lisan, adakah DBP mempunyai istilah -istilah yang lain bagi mendefinisikan/menterjermahkan 'cyberbullying'? Terima kasih.

1)    Istilah yang digunakan ialah “pembulian siber”

2)    Istilah tersebut digubal oleh Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3)    Sehingga kini ini, tiada istilah baharu yang merujuk kepada “cyberbullying”. Namun terdapat istilah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan iaitu “hasut maya” atau troll.

Lain-lain27.02.2022

Kembali ke atas