1.Siapakah penulis buku Tatabahasa Dewan Terbitan DBP? 2.Apakah yang di maksudkan dengan Akta Hasutan 1948 yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu? | Sdr. Devil_demon82 Buku "Tatabahasa Dewan" Terbitan DBP ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood dengan cetakan terkini 2006. Soalan 2 - Akta Hasutan 1948 bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja. Sdr. boleh mendapatkan melalui carian google atau yahoo dengan memasukkan kata carian "akta hasutan" "bahasa melayu". Ia juga berkait dengan perbincangan kontrak sosial. | Lain-lain | 24.07.2007 |
Tuan-tuan dan Puan-puan, sekiranya saya berminat untuk menghantar artikal kepada DBP untuk diterbitkan, apakah syarat yang perlu saya ada dan apakah langkah-langkah dalam pemprosesan artikal sekiranya artikal tersebut telah saya hantar? Diharap-harapkan tuan-tuan dan puan-puan akan menjelaskan secara terperinci kepada saya, sekian terima kasih... | Artikel haruslah dalam bahasa Melayu yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa, asli, dan tidak melanggar mana-mana undang-undang seperti Akta Hak Cipta, Akta Hasutan, dan undang-undang lain yang berkaitan dengan penerbitan. Artikel yang diterima daripada penulis akan dinilai berdasarkan kriteria di atas dan juga dasar penerbitan DBP. Setelah itu, artikel akan disunting dari segi substansif dan tatabahasa, dilengkapkan dengan ilustrasi, dan diproses untuk penerbitan. | Lain-lain | 06.05.2010 |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan terperinci jika saya bercadang menerbitkan buku sendiri. Maksudnya dari segi perundangan dan borang-borang berkaitan. Sekian Al Fazli Sandakan Sabah | Menerbitkan buku sendiri atau “self publishing” telah diamalkan di Amerika Syarikat dan mula diamalkan di Malaysia. Antara majalah antarabangsa yang sering memberikan tumpuan kepada “self publishing” ialah “Writers Digest”. Beberapa tahun lalu, akhbar “The Star” ada menyiarkan makalah tentang “self publishing”. Untuk menerbitkan buku sendiri, selain sebagai penulis, seseorang itu lazimnya menanggung sendiri kos pracetak dan percetakan, serta memasarkan bukunya. Tidak ada borang khusus berkaitan dengan “self-publishing”. Dari segi perundangan, antara undang-undang yang perlu dipatuhi ialah peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berhubung peruntukan pelesenan dan permit penerbitan, serta kandungan bahan penerbitan; Akta Hakcipta 1987, berhubung perlindungan hakcipta penulis, Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan larangan menerbitkan bahan penerbitan yang menghasut, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan larangan mencetak dokumen tegahan. | Lain-lain | 28.05.2007 |