Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : /pass, send/ the ~ round, /mengutip, memungut/ derma; raise o’s ~ to, take o’s ~ off to, a. mengangkat topi utk memberi hormat pd; b. (fig.) angkat topi pd: I take my ~ off to these women who have made it to the top in a male-dominated profession, saya angkat topi pd wanita-wanita ini yg telah berjaya dlm profesion yg dikuasai oleh kaum lelaki; talk through o’s ~, (sl) merepek(-repek). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n topi: cowboy ~, topi koboi; at the drop of a ~, dgn tdk teragak-agak: they will come to your aid at the drop of a ~, mereka akan datang membantu kamu dgn tdk teragak-agak; eat o’s ~, berani kerat jari: if you win I’ll eat my ~, saya berani kerat jari jika kamu menang; hang up o’s ~, berhenti kerja; keep st under o’s ~, merahsiakan sst; old ~, (colloq) basi; (of work) biasa sangat: that news is old ~ now, berita itu sudah basi sekarang; she has done this work so many times that it’s now old ~, dia telah membuat kerja ini banyak kali hingga sudah menjadi biasa sangat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah sebutan bagi perkataan berikut dari segi bahasa baku 1) sihat ( si / hat atau sé / hat ) 2) upih ( u / pih atau u / péh ) sekian, terima kasihDalam sistem bahasa Melayu, sebutan adalah seperti ejaan. Maka sihat disebut si.hat (bukan se.hat) dan upih disebut u.pih (bukan u.peh).Tatabahasa20.06.2013
A girl standing at the door is flourishing her hat in the air. A girl , who stands at the door, is flourishing her hat in the air. A girl is standing at the door and is flourishing her hat in the air. ( nasihat - tanda baca dan ayat yg terbaik)Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti ejaan, tatabahasa dan istilah. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan seperti guru mata pelajaran bahasa Inggeris.Lain-lain07.07.2011
Assalamualaikum. Boleh berikan padanan perkataan bagi "Hat Section"? Istilah Kejuruteraan Automobil.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "hat section" dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah27.04.2017
Apakah terjemahan bagi 'party hat'? Adakah 'topi pesta'?

Puan Azeelia,

Cadangan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah topi pesta.

Istilah24.06.2010
Pohon bertanya, apa jawatan yang betul bagi YBhg? sebab ada jawan yang hat di arkib soalan ada mayatakan jawapan spt berikut: 1) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg; 2) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg Pohon penjelasan.Terima kasih.Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana.Tatabahasa21.05.2011
apakah kewajaran penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, antara lain termasuklah untuk mengayakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sastera. Pelajar atau guru dapat melihat betapa bahasa Melayu dapat digunakan secara meluas dalam pengukapan sastera, misalnya novel, sajak dan pantun. Estetika bahasa Melayu dapat di;hat dalam pengungkapan sastera. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Pusat Perkembangan Kurikulum atau Bahagian Kuku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain13.01.2008
Apakah maksud “pepasu”? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam kamus.
Salam sejahtera,

Kata pepasu tergolong dalam kata ganda separa, iaitu kata ganda yang hanya mengulangi suku kata pertama kata dasarnya, biasanya terdapat perubahan vokal, dan lazimnya. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa yang lain ialah
 kekisi, lelayang, bebutang, pepasu, tetikus, tetupai, jejari, kekuda, pepatung dan bebola.

Kata ganda separa ada yang membawa maksud tunggal, misalnya tetamu, kekuda, tetikus, dan ada yang membawa maksud jamak, misalnya pepohon dan dedaun

Hasil carian dalam Internet, terdapat beberapa contoh penggunaan pepasu namun kekerapan penggunaannya agak rendah. Antara contoh penggunaannya:

1. Bila dah kahwin ni tak larat nak angkat pepasu tu semua pindah ke rumah mak mertua...
2. Biar dia letak pepasu itu kat rumah dia.
3. Pepasu banyak itu hari... tinggal hat nie jaa...


Berdasarkan beberapa contoh tersebut, pepasu boleh diandaikan membawa maksud jamak, iaitu pelbagai jenis pasu atau banyak pasu.


Sekian, terima kasih.
Makna19.01.2025

Kembali ke atas