Apakah istilah bahasa melayu untuk perkataan "HATCH COVER". HATCH COVER merujuk kepada pintu yang terletak di atas lantai dek di offshore platform. | Padanan istilah HATCH COVER dalam bidang kejuruteraan ialah PENUTUP HAC. | Istilah | 26.07.2019 |
Tolong berikan terjemahan yang tepat bagi 'baby hatch' dalam bahasa Melayu. Terima Kasih. | Baby hatch tidak ada dalam pangkalan data kami. Merujuk kepada istilah lain di hatch&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hatch&d=1 kami cadangkan baby hatch diterjemahkan kepada hac bayi. | Istilah | 10.09.2012 |
Penggunaan istilah yang mana lebih tepat berkenaan tanda # (hash key / hatch button)? Adakah butang hash atau butang hac? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah butang hac. | Istilah | 26.02.2016 |
Hash Button = Butang Hash? | Ejaan bahasa Inggeris yang betul ialah hatch button, sementara dalam bahasa Melayu istilah yang betul ialah butang hac. | Istilah | 03.11.2006 |