Apakah definisi hati batu? Huraikan. | Hati batu bermaksud bengis dan degil. | Lain-lain | 14.05.2008 |
"Kata-kata Siew Chin menjadi batu api hati Mona". Sila betulkan kesalahan pada ayat tersebut. | "batu hati" bermaksud "penghasut". Perkataan "batu api" dalam ayat tersebut tidak sesuai. Sila gantikan perkataan lain yang sesuai. | Lain-lain | 15.10.2014 |
maksud: peranan konteks dalam menentukan makna (semantik) serta contoh ayat. | Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Contoh: 1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian) 2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan) 3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan). | Tatabahasa | 18.08.2008 |
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul? | Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Salam Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "hati telah beku"? Adakah frasa ini kedengaran janggal bagi penutur asli bahasa Melalyu? Adakah perkataan "hati" berkolokasi dengan "beku" dalam bahasa Melayu? Mohon tuan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan frasa hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Adakah penggunaan perkataan 'beku' di ayat bawah ini betul? (a) Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu. | Penggunaan frasa hatinya menjadi beku sama dengan hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil. Maka penggunaan "Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu." dalam ayat ini adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.12.2015 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu | Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan. 1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan 2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan. 3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun tersebut ialah ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 28.07.2010 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |