Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar genap satu tahun (utk membayar zakat): zakat utk binatang dikenakan kalau binatang itu dimiliki tuannya selama satu tahun, iaitu cukup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haul I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, 1- Bolehkah digunakan perkataan "yang mana" dalam ayat? 2- Bolehkah digabungkan perkataan Bahasa Arab atau Inggeris dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa lain tersebut disengetkan (italic) kerana kalau ingin diterjemah agak panjang dan kurang sesuai: contohnya: Penta'ajilan zakat (iaitu bermaksud mempercepatkan pembayaran/pengeluaran zakat sebelum haul). Perkataan ta'ajil di atas disengetkan, tetapi imbuhan "Pen" dan "an" dibiarkan tegak.

1. Frasa 'yang mana' tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dalam bahasa Inggeris.   Penggunaan yang betul ialah sama ada yang atau mana - bergantung pada kesesuaian ayat.

2. Perkataan Taajil belum ada dalam Kamus Dewan, kami cadangkan saudara menggunakan perkataan/frasa yang melambang maksudnya dalam bahasa Melayu agar dapat difahami oleh khalayak. Walau bagaimanapun jika perkataan taajil (pentaajilan) perlu dikekalkan istilahnya, maka hendaklah ditulis dengan huruf condong.

Tatabahasa25.01.2011

Kembali ke atas