Berhubung dengan penggunaan perkataan 'hazard' dalam mana-mana teks versi bahasa kebangsaan. Saya mendapati perkataan 'hazard' telah digunakan secara meluas dalam teks bahasa kebangsaan sekiranya ianya melibatkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malah rujukan saya terhadap laman sesawang Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan atau lebih dikenali dengan DOSH juga menggunakan terma 'hazard' dalam apa-apa sumber rujukannya. Persoalan saya adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana dokumen atau manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan versi bahasa kebangsaanmenggunakan perkataan' hazard' tanpa diterjemahkan ke dalam versi bahasa kebangsaan. Rujukan saya terhadap khidmat nasihat dalam laman web dbp mendapati bahawa perkataan ini hendaklah diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Persoalah saya juga adakah relevan sekiranya perkataan 'hazard' dikekalkan penggunaannya tanpa perlu diterjemahkan memandangkan ianya telah dipakai secara meluas. Sekiranya DBP tidak bersetuju, adakah pihak di luar sana maklum bahawa pengunaan perkataan ini dalam mana-mana dokumen versi bahasa kebangsaan adalah tidak dibenarkan. Pohon jawapan segera. Kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. | Perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas. | Istilah | 14.05.2014 |
Untuk makluman pihak kami ada menggunakan perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris contohnya 'hazard' dalam beberapa dokumen. Namun begitu, perkataan tersebut dicondongkan (italic). Persoalannya adalah apabila menggunakan perkataan imbuhan contohnya 'berhazard', adalah kami perlu menyondongkan semua perkataan 'berhazard' atau memadai menyondongkan 'hazard' sahaja dan tidak bagi imbuhan 'ber'. Mohon khidmat nasihat pihak Tuan. | Untuk makluman, perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemah kepada bahasa Melayu, contohnya, berbahaya dan berisiko. | Istilah | 07.08.2012 |
Salam satu Malaysia, Adakah "Hazard Lamp" sesuai diterjemahkan kepada "Lampu Bahaya"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi hazard lamp ialah lampu kecemasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2014 |
Salam, saya merupakan salah seorang urusetia dalam jawatankuasa penggubalan peraturan. Saya ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan perkataan 'hazard' dalam bahasa melayu? Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai. sekian, terima kasih | Untuk makluman, "hazard" ialah perkataan bahasa Inggeris dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "hazard", iaitu bahaya, bencana, halangan dan mudarat. Sila pilih perkataan yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 17.08.2016 |
Tuan, Semakan penggunaan perkataan hazad yang diterbit/diterjemahkan daripada perkataan bahasa inggeris hazard. Saya telah semak perkataan hazad ini dalam carian kata namun tiada rekod, maka saya memohon cadangan istilah lain untuk menggantikan perkataan hazad ini. | Padanan hazard dalam bahasa Melayu ialah bahaya. atau mudarat. | Istilah | 31.05.2013 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "coastal hazard"? Ia bermaksud fenomena fizikal yang mempunyai risiko untuk menyebabkan kerosakan, kehilangan nyawa dsb. Adakah "ancaman pantai" padanan yang baik? Terima kasih. | “Ancaman pantai” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk coastal hazard. | Istilah | 13.12.2018 |
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi | 1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau malapetaka. 2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2015 |