| Khidmat nasihat DBP menjelaskan bahawa perkataan "merbahaya" tidak wujud sebab tiada imbuhan "mer". Tetapi perkataan "merbahaya" masih banyak digunakan di bawah seksyen istilah DBP seperti hazardous material ialah "bahan merbahaya" dan sebagainya. Mohon jelaskan. Terima kasih | Perkataan merbahaya pernah digunakan pada waktu dahulu. Sekarang tidak lagi digunakan. Perkataan yang betul ialah marabahaya yang bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya. 1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda anak panah (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. | Istilah | 21.07.2014 |