Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep hari bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CARA MENULIS TARIKH. CONTOH 1 - 3 DISEMBER 2011 ATAU 1HB-3HB DISEMBER 2011. YANG MANA SATU BETUL?

Kedua-dua bentuk penulisan adalah betul, tetapi gaya penulisan terkini ialah 1 - 3 Disember 2011. Jika hendak menulis kependekan hari bulan ejaan yang betul ialah 1 hb. - 3 hb. Disember 2011.

Ejaan11.10.2011
Adakah ayat ini lewah? Pada 2hb Oktober 2008.. haribulan yang ditulis hb.Ayat ini tidak lewah dan jika diringkaskan haribulan ditulis hb.Tatabahasa29.09.2008
Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih.Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013.Lain-lain29.01.2013
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Saya ingin mengetahui cara yang betul semasa menulis tarikh. Sebagai contoh, 3 Julai 2009 dan 3hb Julai 2009. Format yang manakah merupakan format yang harus digunakan sekarang semasa mengajar dan dalam semua urusan rasmi? Saya tidak ingin memberikan ajaran sesat kepada anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, Lau Faang Chyi

Biasanya untuk penggunaan  '3 Julai 2009' (tanpa hb.) boleh  digunakan dalam situasi biasa spt. pada gegantung, latar pentas, dsb.

'3hb. Julai 2009' biasanya digunakan dalam dokumen 'legal' dan sebenarnya cara inilah yang paling tepat.

Lain-lain03.07.2009
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya.

Salam sejahtera,

Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah.

1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.  Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan  prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis.

2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke  semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip.

Lain-lain18.10.2011
Assalamualikum... Tuan, saya ingin kepastian amalan DBP dalam penulisan surat rasmi. 1. Tarikh - Adakah nama bulan ditulis dengan keseluruhannya huruf besar atau huruf pertama sahaja huruf besar. Contoh: a.7 SEPTEMMBER 2011 atau b.7 September 2011 atau c. 7hb. September 2011 2. Adakah tanda bacaan pada penerima surat diletakkan atau tiada. Contoh: a. Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 39, Menara DBP, 50430 KUALA LUMPUR. b. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Tingkat 39, Menara DBP 50430 KUALA LUMPUR 3. Bahagian harapan sebelum penutup, adakah perlu disertakan nomber. Contoh: a. 4. Kerjasama pihak tuan..... b. Kerjasama pihak tuan... Terima kasih.

1. 7 hb. September, 2011/7 September 2011

2. Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 39, Menara DBP, 50430 KUALA LUMPUR.

Ejaan27.09.2011

Kembali ke atas