| Mohon cadangkan nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement 2) Head Stakeholder Management dalam istilah Bahasa Melayu. Terima kasih | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
| Nama Jawatan 1) Head Strategy & Engagement Dan 2) Head Stakeholder Management dalam Bahasa Melayu | Cadangan terjemahan: ) Head Strategy & Engagement = Ketua Strategi dan Pelibatan 2) Head Stakeholder Management = Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2019 |
| Head-Talent Management | Sila berikan soalan yang lengkap bagi memudahkan kami menjawab soalan yang diberikan. | Lain-lain | 27.06.2023 |
| Head Finance | Ketua Kewangan | Istilah | 18.03.2011 |
| apakah maksud head on,dan isolate | Head on bermaksud depan sama depan. Isolate bermaksud mengasingkan atau terasing bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 24.07.2008 |
| Apakah makna terjemahan untuk Head-Talent Management. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Head Talent Management ialah Ketua Pengurusan Bakat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 05.07.2023 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi ' multiple head package'? (kejuruteraan) Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "multiple head package". Mungkin tuan/puan boleh memberikan konsep supaya lebih jelas untuk kami lihat jika ada padanan yang sesuai dengan perkataan tersebut. | Istilah | 03.12.2015 |
| Tuan / Puan, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak DBP untuk terjemahan berikut: Head, Culture & Engagement Terima kasih | Terjemahan bagi Head of Culture & Engagement ialah Ketua Kebudayaan dan Libat Urus | Penyemakan dan penterjemahan | 05.07.2022 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Beef Cattle Head Bails'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan untuk Beef Cattle Head Bail" ialah Kurungan Penahan Kepala Lembu Daging. | Istilah | 10.03.2016 |
| Apakah makna terjemahan untuk Head-People & Culture | Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi Head-People & Culture ialah “Ketua Masyarakat dan Budaya”. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.08.2023 |