Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n fonkepala. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata headphone


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan "noise-cancelling headphone"?Cadangan padanan bagi istilah noise-cancelling headphone dalam bahasa Melayu ialah fon kepala kedap bunyi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.10.2024
Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu?Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Makna03.11.2015
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021
Apakah Istilah TMK bagi perkataan berikut: 1. on dan off computer 2. headphone

1. buka dan mati(kan) komputer

2.fonkepala 

Makna01.10.2009
Mengapa sistem data PRPM tidak dikemas kini secara berterusan? Terdapat banyak percanggahan terutamanya istilah terjemahan dari bahasa Inggeris. Sebagai contoh istilah 'headphone' dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah fonkepala (dieja rapat) manakala dalam Kamus Dewan Perdana ialah fon kepala (dieja jarak). Jika dirujuk pada Khidmat Nasihat pula masih terdapat jawapan 'fonkepala' dari tahun 2009. (Sila rujuk lampiran) Begitu juga dengan istilah 'update'. Jadi kamus yang mana perlu saya rujuk jika laman PRPM sendiri memberikan jawapan yang bercanggah?Ejaan yang betul ialah "fon kepala" dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "update" ialah "kemas kini" Sila rujuk kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: hlm. 603 dan 1035) "Fon kepala" dan "kemas kini" dieja dua perkataan. Ejaan20.03.2023

Kembali ke atas