Jawatan 'Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran' sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan menjadi 'Assistant Environmental Health Officer' atau 'Environmental Health Assistant'? Sehingga kini, kami menggunakan Assistant Environmental Health Officer | Padanan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi nama jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah "Assistant Environmental Health Officers". Untuk makluman, perkataan "officer" juga perlu diterjemahkan sebagai "pegawai" (Rujukan tambahan: Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) | Lain-lain | 15.10.2020 |
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan . | Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020. Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020 bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO). Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation). Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia) dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH). Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim. Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health. Sepanjang seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang. Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2020 |
World Health Day 2007: .... in health, build a safer future | hari kesihatan sedunia 2007: melebur dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat | Makna | 07.05.2007 |
Apakah maksud health information dalam maksud umum atau keseluruhan? | Untuk makluman, definisi "health information" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "health information" ialah maklumat kesihatan. | Istilah | 07.05.2014 |
Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih | 1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan 2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular 4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
better health | untuk kesihatan yang lebih baik | Lain-lain | 24.06.2008 |
Bolehkah 'health supplements' diterjemahkan sebagai 'makanan tambahan kesihatan'? ataupun 'tambahan pemakanan kesihatan'? | makanan tambahan kesihatan. | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Salam. Apakah istilah yang digunakan untuk Precision Public Health? | Padanan bagi istilah precision public health dalam bahasa Melayu ialah kesihatan awam jitu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.02.2025 |
Salam sejahtera. Adakah "Bill of Public Health" sesuai diterjemah sebagai Rang Undang-undang Kesihatan Awam? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu Bill of Public Health bergantung pada konteks ayat. Jika istilah ini digunakan dalam bidang ekonomi ia bermaksud bil kesihatan awam, akan tetapi jika digunakan dalam bidang pentadbiran atau undang-undang, ia bermakna Rang Undang-undang Kesihatan Awam. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2014 |
Mohon pihak DBP syorkan terjemahan untuk Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) | Jawatankuasa Istilah Semasa Dewan Bahasa dan Pustaka bersetuju untuk mencadangkan "Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)" diterjemahkan sebagai "Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (KKAKA)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.09.2021 |