Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata healthcare


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "healthcare professional"? Contoh ayat: Both patients and healthcare professionals can enquire relevant medical records from the hospital registrar."Terjemahan untuk "healthcare professional" ialah "pakar penjagaan kesihatan"                         Penyemakan dan penterjemahan26.09.2017
Dalam dokumen rasmi kerajaan perlukah perkara berikut di-italic kan atau tidak? 1. Nama projek atau inisiatif dalam KKM : Online Healthcare Services Regulatory Lab 2. Nama dokumen garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM : Guideline for Online Healthcare Services In the Ministry of Health Regulatory Lab 3. Nama dokumen seperti di (2) yang telah dipendekkan : OHS RegLab Guideline 4. Nama jawatankuasa atau majlis dalam KKM : Jawatankuasa Technical Working Group Online Healthcare Services, Malaysian Medical Council 5. Singkatan bagi nama khas, contohnya nama majlis dalam Bahasa Inggeris: a. MMC (iaitu kependekkan bagi Malaysian Medical Council). b. Nama dokumen, contohnya Dokumen Terma dan Syarat (terms and conditions): Dokumen T&C. Terima kasih
Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan15.09.2022
Assalamualaikum. Adakah istilah 'specialist healthcare business' sesuai diterjemahkan sebagai 'bisnes kesihatan pakar' atau adakah terjemahan 'bisnes penjagaan kesihatan pakar' lebih tepat, atau adakah terjemahan lain yang lebih sesuai dan tepat? Terima kasih.Terjemahan yang sesuai untuk "specialisy healthcare business" ialah perniagaan pakar penjagaan kesihatan.Makna26.03.2019
Salam Tuan, mohon dapatkan terjemahan terbaik dari bahasa Inggeris untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: HUMANITARIAN, RURAL AND REMOTE HEALTHCARE PROFESSIONALS SERVICES AND MANAGEMENT ORGANIZATION. Apakah ianya boleh diterjemahkan sebagai: PERTUBUHAN PROFESIONAL-PROFESIONAL PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN, LUAR BANDAR DAN TERPENCIL? Ataupun istilah "ahli profesional" lebih sesuai?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Humanitarian, Rural and Remote Healthcare Professional Services and Management Organisation ialah Organisasi Perkhidmatan dan Pengurusan Profesional Penjagaan Kesihatan Kemanusiaan, Luar Bandar dan Terpencil.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2024
Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan invigorate Terdapat tajuk yang perlu diterjemahkan : Invigorating Healthcare Towards Progressive NationSila berikan cadangan terjemahan puan berdasarkan konteks dan kami akan membantu menyemak terjemahan puan.Penyemakan dan penterjemahan11.10.2019
Tajuk kajian dalam bahasa inggeris adalah: "TRANSLATION AND VALIDATION OF TEAMWORK SURVEY QUESTIONNAIRE (TSQ) FOR MALAYSIAN HEALTHCARE SERVICES" dan telah ditukarkan ke bahasa melayu dengan tajuk: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TRANSLASI DAN PENGESAHAHSAHIHAN ALAT TINJAUAN KERJA BERPASUKAN UNTUK PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA soalan saya: Adakah penggunaan VALIDATION kepada PENGESAHSAHIHAN itu tepat atau penggunaan KESAHIHAN lebih tepat dalam konteks tajuk di atas? Terima kasih.Terjemahan untuk "VALIDATION" dicadangkan "PENGESAHSAHIHAN". Cadangan terjemahan tajuk kajian tersebut ialah TERJEMAHAN DAN PENGESAHSAHIHAN TINJAUAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA BERPASUKAN BAGI PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2015
Salam Tuan/ Puan, Harap maklum bahawa pihak kami ingin mengemukakan permohonan lesen permis perniagaan dan iklan bagi syarikat Medcare Healthcare Services Sdn Bhd. Saya merupakan wakil syarikat untuk tujuan permohonan ini. Dengan ini disertakan lampiran lakaran paparan iklan yang perlu disahkan oleh pihak Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya ditalian 0167735377 atau email azizah@nmit.edu.my. Kerjasama dari pihak Tuan/ Puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan bahasa, tuan boleh mengemukakan permohonan dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.myLain-lain12.05.2020
As Salam Tuan/Puan, HArap maklum bahawa pihak kami ingin mengemukakan permohonan lesen premis perniagaan dan iklan bagi syarikat Medcare Healthcare Services Sdn Bhd. Saya merupakan wakil syarikat untuk tujuan permohonan ini. Dengan disertakan lampiran lakaran paparan iklan yang perlu disahkan oleh pihak Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya ditalian 016-7735377 atau email kepada azizah@nmit.edu.my. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my .
Lain-lain13.05.2020
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'underlying medical conditions', 'outbound tourism', 'elastic compression stoking', 'healthcare professional', 'oral rehydration salt', 'transmission of disease', 'venous thromboembolism' dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan istilah agar istilah yang sesuai boleh dicadangkan.Makna14.05.2014
Assalamualaykum Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan istilah berikut di dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence Compassion Fatigue Compassion Satisfaction Secondary Traumatic Stress Burnout Healthcare Provider Maklum balas dan keprihatinan pihak Tuan/Puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Wassalam. ArifMohon cadangan terjemahan daripada pihak tuan dan kami akan menyemak penggunaan Bahasa Melayu dalam teks tersebut. Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali perkataan dan istilah yang boleh merujuk kamus atau buku istilah.Lain-lain21.11.2017
12

Kembali ke atas