Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ going, difficult, laborious, sukar (utk) + approp v: the driver found it ~ going to get through to the main road, pemandu itu mendapati sukar utk sampai ke jalan besar; children will find this book ~ going, kanak-kanak akan merasakan bahawa buku ini sukar dibaca; ~ industry, industri berat; a ~ sigh, mengeluh panjang; a ~ sleeper, orang yg tidur /mati, nyenyak/; a ~ /smoker, drinker/, kaki /rokok, minum/; ~ with, sarat dgn: the branches were ~ with ripe fruits, dahan-dahan sarat dgn buah-buah yg masak; ~ with /child, young/, sarat; ~ with sleep, mengantuk. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 11. hard to do or bear, berat: ~ punishment, hukuman yg berat; ~ taxes, cukai yg berat; ~ responsibility, tanggungjawab yg berat; ~ work, kerja berat; 12. sad, sedih: with a ~ heart, dgn hati yg sedih; 13. serious, (of book, article) berat: this book is ~ reading, buku ini bahan bacaan berat; 14. (of build ) besar; 15. (of food etc) mengenyangkan; 16. (of bread, cake) bantat; 17. (of soil) mampat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. a great deal, a. (of rain, snowfall) lebat; b. (of fog, mist, etc) tebal; c. (of wind, storm) kencang; d. (of traffic) sesak, sibuk; e. (of crop) banyak, menjadi; f. (of expense, expenditure, loss) besar; g. (of fighting) sengit; 7. turbulent, bergelora: ~ seas, laut yg bergelora; 8. overcast, spt hendak runtuh: ~ skies, langit yg spt hendak runtuh; 9. solid, thick, tebal: ~ lines indicate air routes, garisan tebal menunjukkan laluan udara; 10. full, busy, sangat sibuk; (of schedule, timetable) padat: we’ve had a ~ day, hari ini sangat sibuk bagi kami; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. weighty, berat: the load was too ~ for one man, beban itu terlalu berat bagi seorang lelaki; 2. as if weighted, burdened, berat: my head feels ~, kepala saya terasa berat; 3. ponderous, clumsy, lembap, lambat; (of gait, footstep, etc) berat: a ~ tread, langkah yg berat; 4. large and powerful, berat: ~ weapons, senjata berat; ~ guns, meriam berat; ~ vehicle, kenderaan berat; 5. forceful, kuat: a ~ punch, tumbukan yg kuat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heavy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan yang sesuai untuk perkataan ini dalam Bahasa Melayu 1. Push Notification 2. Social Drinker 3. Heavy Drinker 4. Heavy Smoker 5.Religiosity 6. Description 7. Moderated ContentCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:

1. Push notification - Pemberitahuan automatik
2. Social drinker - Peminum sosial
3. Heavy drinker - Peminum tegar
4. Heavy smoker - Perokok tegar
5. Religiosity - Kewarakan; kesalihan
6. Description - Perihalan
7. Moderated content - Kandungan sederhana
Penyemakan dan penterjemahan25.08.2020
Adakah pihak DBP mempunyai istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah bahasa Inggeris 'heavy rotation' (kata nama)? Bolehkah saya menulisnya sebagai 'putaran yang berat'? Maksud 'heavy rotation' yang saya katakan ini ialah 'satu lagu yang paling banyak dimainkan oleh sesuatu stesen televisyen atau radio dalam satu hari' saya jarang mendengar lagu bahasa melayu tetapi contoh 'heavy rotation' bagi lagu melayu adalah seperti "teman pengganti" nyanyian Black & Malique. di Jepun, 'heavy rotation' ialah lagu seperti "Bittersweet" nyanyian Arashi.

Istilah yang sesuai bagi “heavy rotation” dalam konteks ayat saudara ialah “sering diputarkan”. Contoh ayat ialah “Antara lagu yang sering diputarkan oleh stesen radio termasuklah ‘Teman Pengganti’, ‘Bahagiamu Deritaku’, dan ‘Ikut Rentakku’.”

Istilah24.02.2014
Apakah padanan Heavy Cream dalam Bahasa Malaysia? Krim tebal atau krim pekat?Terjemahan yang sesuai ialah "krim pekat".Lain-lain01.03.2021
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Heavy Lift Cargo Helicopter'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Helikopter Angkat Kargo Berat Istilah18.01.2016
Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas BurnerBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. Light oil burner: Penunu minyak ringan

2. Gas burner: Penunu gas

3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat

4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan

5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Istilah14.04.2021
Pohon beri terjemahan dan perbezaan antara "accountability" dan "responsibility"

Saudara,

Perkataan 'accountability' bermaksud  kebertanggungjawapan: ~ lies with the manager, kebertanggungjawapan terletak pd pengurus.

Perkataan 'responsibility bermaksud tanggungjawab: a position of heavy ~, jawatan yg berat tanggungjawabnya; the responsibilities of parents toward their children, tanggungjawab ibu bapa thdp anak-anak; /assume, bear, take/ ~ for, bertanggungjawab thdp: he took full ~ for his action, dia bertanggungjawab penuh thdp tindakannya; on o s own ~, atas tanggungjawab sendiri.

Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna15.10.2009
Adakah ini maksud 'invader' dalam bahasa Melayu?

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. Maksud invader yang betul adalah seperti maklumat di bawah:

invader

  • n approp n + yg menyerang (sst): the ~s were driven back with heavy losses, tentera yg menyerang itu diusir dan mengalami kekalahan yg teruk; they were forced to make peace with the ~s, mereka terpaksa berdamai dgn negara yg menyerang negara mereka.
Makna25.01.2018

Kembali ke atas