a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. b) Hei, awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?!" Alisa mencuit bahu Alina. | a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. Sila rujuk buku Gaya Dewan untuk lebih menguasai aspek tanda baca. | Ejaan | 03.11.2011 |
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar. 2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Assalamualaikum WBT, Bagaimanakah untuk mengeja ungkapan seperti "yeah" yang seerti dengan "yahoo" (dalam bahasa Inggeris) dalam bahasa Melayu? Adakah yei sebagaimana "hey" dalam bahasa Inggeris menjadi hei dalam bahasa Melayu? "Yeah" di sini ialah ungkapan apabila teruja memperoleh sesuatu dan seumpamanya, dan digunakan dalam dialog atau buku kartun kanak-kanak. Sekian, terima kasih. | Contoh ungkapan yang dinyatakan ialah kata seruan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Ungkapan yeah ialah bahasa percakapan bagi perkataan ya, manakala ungkapan lain seperti yahoo dan yei ialah kata seru bagi menggambarkan perasaan gembira. Dalam bahasa Melayu ungkapan bagi menzahirkan perasaan gembira kata seru hore digunakan. | Istilah | 01.06.2012 |