Salam Sejahtera Tuan, 1. Apakah penggunaan istilah yang sesuai bagi menggambarkan beberapa julat nilai yang bersiri. Sebagai contoh: i. Luas 400 hektar dan kurang ii. Luas antara 400-800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar 2. Bagi butiran i. bermaksud luas daripada 400 hektar dan ke bawah. 3. Adakah butiran ii. Bermaksud nilai 400 dan 800 hektar termasuk di didalam julat tersebut atau ianya dari 400.1 -799 hektar? 4. Adakah butiran iii. Bermaksud nilai 800 hektar termasuk didalam butiran tersebut atau bermula dari 800.1 hektar. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan. Sekian, terima kasih. | i. Luas 400 hektar dan kurang Luas 400 hektar dan ke bawah ii. Luas antara 400 - 800 hektar Luas antara 400 hingga 800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar Luas bermula daripada 800.1 hektar dan ke bawah | Tatabahasa | 04.04.2024 |
Encik Rashid telah membeli .................... hektar kebun getah di Johor. a. seluruh b. separuh c. setengah d. sebahagian minta penjelasan jawapan..saya agak keliru.. | Encik Rashid telah membeli setengah hektar kebun getah di Johor. Walaupun separuh boleh membawa maksud setengah, lazimnya perkataan yang digunakan ialah setengah hektar. Seluruh hektar tidak digunakan kerana lazimnya dinyatakan dalam jumlah yang sebenar seperti dua hektar. | Tatabahasa | 15.05.2015 |
Saya nak tanya mana satu cara penulisan yang betul Contohnya: 30ha atau 30 ha atau 30 hektar | 30 hektar. | Tatabahasa | 22.11.2007 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |