Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mah] | هيمه

Definisi : (hémah) budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pe­kerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mah] | هيمه

Definisi : /hémah/ budi pekerti (yg mulia); tingkah laku (yg baik): Banyak orang yg tertarik oleh keikhlasan dan ~nya. berhemah berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemah (kata nama)
Bersinonim dengan budi pekerti, kesopanan, kesantunan, sopan-santun, adab, ketertiban;,
Kata Terbitan : berhemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nilai hemah tinggi atau nilai berhemah tinggiSoalan terlalu umum.  Sila sertakan contoh ayat yang lengkap yang menggunakan perkataan tersebut agar mudah kami melihat dari aspek konteks ayat.Lain-lain30.09.2014
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul?Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi.Tatabahasa01.01.2015
Salam sejahtera. Tema Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" Soalan : Berdasarkan kamus dan dapatan daripada ruangan soal jawab tuan, 'Pertiwi' dirujuk kepada akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. Ibu pertiwi = tanah air. Saya berpendapat " Guru,Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi" ialah ungkapan yang betul. Mohon pandangan tuan. Terima kasihPada pandangan kami, perkataan “Guru, Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi” lebih sesuai digunakan.Makna15.04.2019
Apakah lawan kata boros yang paling tepat? Jika pilihan jawapan a.jimat. b.hemah Apakah yg lebih sesuai.Lawan kata ‘boros’ ialah berdikit-dikit, ekonomi, hemat dan jimat.Makna18.08.2014
Salam & Selamat Pagi, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Zahirkan hemah dalam pemanduan Santunkan lidah dalam pertuturan Ikhlaskan jiwa dalam kemaafan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Daripada kami di PeroduaPenggunaan bahasa dalam teks ini betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa13.05.2015
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011
please advise the meaning of meaning of ' berhemah'. tks.ramu

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud  budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi.

Oleh yang demikian perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners. 

Makna24.08.2009
Salam sejahtera, Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "berhemah"? Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi.

 

Oleh yang demikian, perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners.
Penyemakan dan penterjemahan13.09.2018
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih.Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia.  Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Lain-lain19.03.2017
DEFINISI PENGINDAHAN BANDARKamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan;  perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya.Makna10.06.2009
12

Kembali ke atas