Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mat] | هيمت

Definisi : (hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pe­mandunya kurang ~; 3. pemerhatian, peng­amatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimat­kan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan meng­hemat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mat] | هيمت

Definisi : /hémat/ 1 tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2 dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemat
Kata Terbitan : berhemat, menghematkan, kehematan, penghematan,

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP.Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.08.2016
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar.Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.04.2012
1) Mengapakah penggunaan perkataan hemat di bawah salah?Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. - Segala hemat itu satu amalan yang baik.Hemat bermaksud tidak boros dan perkataan tesebut tidak perlu didahului dengan segala.Tatabahasa19.06.2013
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
prudent strigent claims controlhemat kawalan tuntutan ketatLain-lain26.03.2007
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
Wujudkah perkataan "kenyarisan" dalam bahasa Melayu? Sy lihat ia diguna di Bahasa Indonesia. Pada hemat saya ia melebarkan maksud "nyaris" sebagai "noun".

Encik Zulhaidi,

Perkataan kenyarisan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Melayu, kata nyaris membawa maksud hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas:  Contoh ayat;

Barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga nyaris-nyaris keselamatan panglima mereka terancam.

 

Makna07.04.2009
Sejak saya mengenali Kamus Dewan pada tahun 1980, tiada sebarang ilustrasi yang dimasukkan di dalam buku yang berwibawa itu. Pada hemat saya, ilustrasi amat penting apabila terdapat sesuatu perkataan yang tidak dapat dijelaskan dengan hanya memasukkan kata-kata terutama sekali bagi pelajar bukan Melayu yang benar-benar ingin mengetahui maksud sesuatu kata tetapi gagal untuk memahami penjelasan yang diberi semata-mata tiada sebarang ilustrasi. Sebagai contoh, saya perturunkan kata-kata seperti: memapah, mengelek dan kekisi. Harap mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak yang berkenaan.Pandangan saudara kami hargai dan untuk makluman saudara juga terdapat pelbagai jenis kamus dan kumpulan sasaran penerbitannya dan cadangan saudara akan kami kemukakan untuk penerbitan Kamus Pelajar dalam edisi yang akan datang.Lain-lain14.05.2010
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat".Tatabahasa28.02.2014
123

Kembali ke atas