Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : (hémoglobin) (Bio) sj protein yg mengandungi zat besi, terdapat dlm sel darah merah vertebrat, dan berfungsi mem­bawa oksigen dr paru-paru ke tisu badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : /hémoglobin/ ist molekul sel darah merah yg mengandungi zat besi dan membawa oksigen ke seluruh badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemoglobin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "glycated haemoglobin" boleh diterjemahkan kepada "hemoglobin glycated"? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Glycated_hemoglobin Terima kasih.

Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk glycated haemoglobin ialah  “hemoglobin glikat”.

Istilah18.12.2017
maksud "talasemia" didalam kamus dewan bahasaTalasemia bermaksud sejenis penyakit keturunan yang berpunca daripada kurangnya protein globin yang menjadi komponen hemoglobin dalam darah.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1580. Makna20.11.2008
Salam sejahtera, Soalan saya ialah kaedah untuk mengeja neomodenisme. Adakah neo-modenisme atau neomodenisme? Begitu juga dengan kata pinjaman yang lain-lain yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Sekian.Salam sejahtera, 

1. Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan:

i. Istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kelas, kelab: tidak diubah. 

ii. Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti ad hoc dan ad interim: pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

ii. Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaipkan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlibat. Ini memudahkan pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Contohnya ae jika bervariasi dengan e = e seperti:

aesthetic = estetik
haemoglobin = hemoglobin
haematite = hematit

2. Ejaan yang betul ialah neomodisme (dieja rapat). Neo- ialah awalan asing dan sekiranya awalan ini bergabung dengan kata nama khas (sekiranya ada), perlulah diletakkan tanda sempang, misalnya pro-Malaysia dan pan-Asia.

Terima kasih.
Ejaan17.01.2025

Kembali ke atas