Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)

45

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" atau "hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" yang manakah betul?Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu)Lain-lain24.09.2021
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan".Makna16.08.2011
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Salam. Penggunaan kata hubung. Soalan:- Ibu hendak ke pasar. Ibu hendak ke rumah jiran. (atau) Jawapan. 1. Ibu hendak ke pasar atau ke rumah jiran. 2. Ibu hendak ke pasar atau rumah jiran. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Ibu hendak ke pasar atau ke rumah jiran?Tatabahasa14.05.2014
Selamat pagi. Kamu hendak meminjam buku cerita? Kamu hendak meminjam buku rujukan? (atau) 1. Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? 2. Kamu hendak meminjam buku cerita atau rujukan? Mana satu ayat majmuk yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?

Tuan bolehlah merujuk halaman 542 -560 , buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.10.2016
Apakah perbezaan antara "mahu" dengan "hendak"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
Tatabahasa21.11.2013
Adakah terdapat perbezaan antara kata `hendak' dan 'mahu'?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
Makna10.09.2015
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah:

Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas?
Tatabahasa22.10.2015
ayat manakah yang betul: 1. Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? (Awak hendak meminjam buku cerita atau rujukan?) 2. Kamu hendak meminjam buku atau memulangkan buku? (Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?) 3. Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? (Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan?) sekian, terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?"

2. Ayat yang betul ialah "Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?"

3. Ayat yang betul ialaj "Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?"
Tatabahasa30.06.2013
Hendak dapat sokongan dari pihak DBP untuk meluluskan papan tanda untuk restoran kami.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain23.10.2024
12345678910...

Kembali ke atas